Pembaca Blog Setia

Thursday 28 March 2013

MARINE ESSENCE BEAUTY BAR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Amboi amboi ade tajuk BEAUTY je cepat je nak tau kan.. Orang pompuan ngan kecantikan mana bole dipisahkan. Memang tak bole..! Meh meh mama hakim cite ape benda Marine Essence Beauty Bar tersebut..haha. Perkara baik, mesti la mama hakim kongsi bersama..!

 

MARINE ESSENCE BEAUTY BAR
 
 
Sabun comel kaler ijau ni memang sangat special tau. Sabun ni sesuai untuk kulit sensitif dan eczema. Yang buat dia lagi istimewa, sabun ni berfungsi MENCERAHKAN kawasan-kawasan yang gelap.

 

Biasanya area celah ketiak, celah peha dan tempat-tempat terselindung ni kita jarang sental kan. Faktor hormone pun bole menyebabkan kawasan-kawasan ni menggelap. Masa mama hakim pregnantkan Hakim dulu pun Incik Joni selalu tanya, mandi tak gosok ke? Sebab nampak macam berdaki dan gelap kat area leher dan yang terselindung.

 

Sabun ni mengandungi garam buluh yang kaya dengan mineral dan bertindak sebagai antioksidan pada kulit. Baby dan kanak-kanak pun sesuai terutama yang mudah kena ruam tu kan.
 
 

MARINE ESSENCE BEAUTY BAR





























Garam buluh

-      Sumber kaya dengan mineral dan antioksidan untuk kulit
-      Anti bakteria, anti alergi dan anti keradangan

 
Pheno-SFE (Ekstrak the Pu-erh)

-      Terkenal dengan antioksidan dan sifat-sifat pemulihan untuk menghapuskan radikal bebas yang berbahaya daripada merosakkan sel-sel kulit (Anti penuaan)
-      Memperbaiki dan memperbaharui sel kulit dengan menjaganya agar tetap sihat dan muda

 
Ekstrak Liquorice

-      Mengurangkan perubahan warna kulit dan bintik-bintik hitam
-      Mencerahkan pigmentasi kulit

 
Minyak Tea Tree

-      Anti bakteria dan anti kulat

 
Vitamin E

-      Antioksidan dan anti penuaan
-      Membantu menyembuhkan kulit bermasalah dengan berkesan

 
Gliserin

-      Bertindak sebagai pelembap kulit

 
Aloe Vera

-      Membantu menyembuhkan kulit dengan merangsang pembaharuan sel kulit pada kulit yang bermasalah

 

 
Kalau ada sesapa yang berminat nak cuba, amatlah di alu-alukan..hihi. Sebab sabun ni sangat best, bau pun wangi mengancamm!!! Contact mama hakim okeh.. Anytime je..! Harga memang sangat berbaloi-baloi. Sekotak ni ade 3 ketul sabun RM105.00, sebiji RM35.


PUSAT SUMBER


Sms/ Whatsapp : 018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 27 March 2013

WORDLESS WEDNESDAY #27032013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Memang dari hari pertama signboard tu di pasang, huruf ‘A’ di belakang sudah pun keciciran..



 
KLINIK 1MALAYSIA



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday 26 March 2013

HANYA DOA..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Entry hari Selasa yang agak syahdu..

 

Mungkin sebab dah bergelar mak mak ni kan, mudah benor hati tersentuh bila ada kisah pasal anak-anak kecil. Dulu mama hakim penah mengalirkan airmata pasal seorang hero kecil yang kuat semangat, Ahmad Dhani Aryan. First time bercakap dengan ibu Aryan, Yayansmum ni airmata meleleh tanpa dapat ditahan. Entah ape nak cakap ntah pasal perasaan waktu tu.

 

Then lepas tu, mama hakim berkenalan dengan Ina, ibu Intan Nur Maisarah. Sebab kami bersembang melalui whatsapp, takde la dia tau kan air mata ni laju je turun..!

 

Maka benarlah janji Allah s.w.t bahawa Dia takkan memberi dugaan melebihi keupayaan hamba Nya. Sebab tu bukan mama hakim yang di duga sebegini. Allah Maha Mengetahui yang mama hakim tak sekuat supermommy yang lain. Hanya insan terpilih yang melaluinya. Insan terpilih yang kuat dan kental hatinya..

 

Ok mama hakim takmo taip banyak-banyak lagi. Kang terbengkak lak mata ni kang.. Cuma mama hakim ada satu permintaan buat yang baca entry ni. Mohon doakan kesejahteraan kanak-kanak yang hebat ni.


 

Buat adik Intan Nur Maisarah, semoga awak sembuh dan membesar sihat dan sempurna.
Awak memang seorang yang kuat semangat.
Insya Allah membesar menjadi anak solehah penghibur hati ibu dan ayah..

 


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday 25 March 2013

SAYA SANGAT..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Sangat Monday Blues..!
 
Sangat..
 
 
 
MONDAY BLUES

 
 
MONDAY BLUES
 
 
 
MONDAY BLUES
 

Gambo ehsan Incik Gugel..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday 23 March 2013

MOOD HARI SABTU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Mood bekerja di hari Sabtu.. Sebenarnya takde mood pun..hahaha! Hati meronta-ronta nak gi ajak Incik Joni berjalan. Kaki dah gatal sangat ni..! Tapi malangnya ujung minggu ni Incik Joni pun kena bekerja..

 

Hati asek teringat kat Farm in The City sebenarnya! Nak sangat pegi lagi.. Ehh!? Lum cite pasal tu lagi la..adoiyaiii.

 

Meh nak tunjuk seketul dua gamba Hakim menjadi Go! Diego Go! pada hari kejadian tersebut..
 
 

 
Gamba atas Hakim bersama marmoset
 
Gamba bawah ngan cik kura-kura..




Best tau tempat ni, sesuai sangat untuk budak-budak yang baru mula nak mengenali haiwan. Insya Allah mama hakim cite banyak lagi pasal tempat ni. Lupa pulak nak bagitau kat mane..haishh! Farm in The City ni kat Seri Kembangan.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 22 March 2013

SALAM HARI JUMAAT

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam Jumaat yang penuh barakah..!


Yeay dah ari Jumaat dah..!! Tapi esok mama hakim keja (-_-) sebab minggu lepas udah cuti balik kampong. Tenggelam timbul tenggelam timbul je tuan tanah ni kan. Sambil menaip ni sambil layan lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kat Hotfm ni..best pulak layan lagu lama pepagi ni. Sempena ape ntah, mama hakim tak ketahuan pulak.

 

Mama hakim tinggalkan kata-kata ini sebagai perkongsian di hari Jumaat..







 

 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Monday 18 March 2013

Cara Mudah Minum Air Masak Yang Mencukupi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Ramai orang yang susah minum air kosong kan..? Lagi-lagi nak minum 2 ke 3 liter sehari, bole lemas dibuatnya..!! Haha.. Sebenar nyer banyak cara yang bole dibuat supaya daily plain water intake kita cukup. Meh mama hakim share beberapa cara..

DAILY WATER INTAKE


First, sediakan botol/bekas air yang comel je. Takyah besar sangat, 350ml punya dah cukup. Cuba abiskan 350ml ni dalam sejam. Pastu tambah lagi. Pastu minum lagi.. Kalau kita kerja 8 jam, tak ke dah hampir 3 liter kita minum?

Yang kedua, ikut waktu solat 5 waktu. Sebelum solat minum segelas 250ml, selepas solat lagi sekali 250ml. So kalau ikutkan 5 waktu, kita dah minum lebih kurang 2.5 liter air.. kan kan..!


DAILY WATER INTAKE


Yang ketiga, dari mula-mula bangun tido. Minum segelas 250ml. Sebelum keluar umah gi keja lagi segelas 250ml. Sebelum mula kerja sekali lagi minum segelas dan sebelum keluar lunch lagi segelas. Lepas tu sebelum balik, minum lagi segelas 250ml. Haa dah 2.5 liter akhirnya kan..

Yang keempat, perah sedikit limau nipis atau lemon dalam air masak. Rasanya memang agak masam-masam sikit tapi sedap! Selain boleh membantu kita minum air masak, boleh juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan terutama jika diminum awal pagi ketika perut kosong.

Yang kelima, yang agak comel skit..hihi. Gunakan botol yang ada straw. Sedut air melalui penyedut minuman sangatla memudahkan kita untuk minum air. Tapi jangan ngelat tau, gunakan botol tersebut hanya untuk air masak sahaja.

Mula-mula memang agak susah, tapi kalau tak cuba lagi kita rasa susah. Yang kat atas tu cuma cadangan je, bole la disesuaikan ikut masa korang. Nanti lama-lama mesti akan jadi kebiasaan. Biasanya, tak sampai seminggu badan kita akan serasi dengan pengambilan air masak dan kurang la lawatan ke tandas selepas tu.

Mama hakim ikut yang mana? Yang nombor 1 dan 4 tu..hihi. Selamat mencuba okeh..!


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Senang Ke Nak Kurus Bersama Shaklee?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sejak  join Shaklee ni, soalan paling kerap yang mama hakim dapat adalah pasal supplement nak kurus. Memang soalan paling hot berkali-kali..!


‘Eh Shaklee ade ubat untuk kurus tak?’
‘Shaklee ni selamat tak kalau nak turunkan berat?’
‘Makan Shaklee bole kurus cepat tak?’

Amboi amboi amboi.. Memang mama hakim akui ramai antara kita ni suka enjoy makanan yang menjadi kesukaan. Tapi biarlah berpada-pada. Dan jawapan kepada soalan-soalan kat atas tu akan mama hakim jawab dengan cara paling berhemah. Sebab kalau diorang amik Set Kurus Shaklee pastu badan tak kurus-kurus pun kan ke naya mama hakim jadi nyer..huu..


Bukan mudah sebenar nyer nak turunkan berat badan gitu-gitu je. Kalau ade pun produk yang menjanjikan dalam tempoh yang singkat, tetap tak baik untuk badan kita especially buah pinggang. Korang tau kan ape fungsi buah pinggang tu? Takde nyer Allah jadikan sesuatu itu secara sia-sia je.


Kalau boleh biarlah secara semulajadi, perlahan-lahan dan konsisten. Jangan la pulak ari ni timbang berat 65kg, dua minggu lagi dah nak 55kg..! Amboi..! Macam magik dah nih.. Biar perlahan tapi kesan nya berpanjangan.. Tapi ini semua sebenar nyer bergantung pada kadar metabolism badan seseorang. Ade je antara kawan-kawan mama hakim yang dapat turunkan berat dengan cepat (tapi bukan 10kg dalam dua minggu ekk) dalam masa sebulan dah turun 4kg. Best kan. Biar lambat asal selamat..hihi. Ada seribu makna pada peribahasa tu.


Lagi satu part yang paling penting dalam proses nak turunkan berat badan ni, memang dan wajib minum air kosong/air jarang/air masak/air putih sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter (kawan yang turun 4kg sebulan tu minum lebih 3 liter air sehari). Rasa macam lemas dah kan..? Tapi takde la sampai lemas kalau kita tau teknik yang betul untuk minum air bergelen-gelen gitu. Nanti mama hakim kongsikan beberapa petua okeh. Petua ni pun mama hakim dapat hasil daripada perbincangan kumpulan..!


Dan satu lagi part ni mama hakim tau paling ramai yang memang tak buat pun. Macam mane nak kurus cepat? Adoiii… Part exercise atau bahasa London nyer senaman. Takyah ler terus imagine suasana dalam gym, berlari atas treadmill ataupun berkayuh basikal yang tak bergerak tu. Buat senaman yang ringan dah cukup. Turun naik tangga, sit up ke, poco-poco ke.. 10 minit sehari dah cukup. Yang penting konsisten.


Memang Shaklee ada supplement yang bole membantu proses menurunkan berat badan, tapi dalam masa yang sama usaha kita sendiri pun penting jugak..kan!


Antara supplement Shaklee dalam set untuk kurus ;

1.    Alfafa

-      Membantu menyikirkan toksin dalam badan.

2.    Lecithin

-      Membantu memecahkan dan membakar lemak dan kolesterol

3.    Omegaguard

-      Omega 3 mempengaruhi hormone Leptin yang penting dalam pengawalan selera makan

4.    Herblax

-      Membantu membuang sisa-sisa toksik dan amat sesuai diambil jika mempunyai masalah pembuangan

5.    Vitalea

-      Meningkatkan metabolisma dan mempunyai Biotin yang membantu menghasilkan tenaga dari lemak dan protein.

So takyah dah mama hakim bebel panjang-panjang sampai juling biji mata nak membaca nyer kan. Jom kurus secara sihat, badan kita ni pinjaman je penting untuk kita jaga baik-baik.


Sampai jumpa lagi..wassalam.


Disclaimer : Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organic dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat di dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun di anggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.

Wednesday 13 March 2013

WORDLESS WEDNESDAY #13032013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Di hari Rabu yang kurang berkata-kata..
 
Saja nak letak muka tuan tanah..hihi.

 

DAHULU
 
 
 
 
Dan KINI
 
 
 
 
 
 
 
Terlebey-lebey lak muka tuan tanah nih..!
 
 
 
 
Penangan VITA E COMPLEX SHAKLEE la ni..hihihi.
 
 
 
 
p/s : Sesekali bagi can tuan tanah menonjolkan diri, seterusnya masuk bakul sendiri angkat..!!Hahaha..
 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday 12 March 2013

BUAH HATI MAMA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ho ho ho..! Dah macam Santa Clause pulak! Sorry ye sahabat-sahabat maya ku sayam..! Jari tengah ligat nak menaip ni, dalam otak dah bersusun-susun ayat yang nak dihamburkan kat sini. Oh I miss my blog so much..!!

 

Memula nak story pasal Mealshake Shaklee dan Hakim..hii. Sangat berpuas hati. Sangat sangat tau. Alhamdulillah Ya Allah..! Bermula pertengahan Disember 2012 mama hakim campurkan dalam susu, Alhamdulillah memang nampak banyak sangat perubahan kat hero kecik tu terutama bab makan. Jangan tak caya tau, lepas hampir tiga bulan ni masih berbaki separuh bekas lagi Mealshakes tu. Kan dah kata, JIMATTTT sangat kan..!

 

Dalam bulan pertama, ketara sangat Hakim dah tak memilih apa yang akan disuap dalam mulut comel tu. Kalau dulu Hakim kurang gemar ngan ayam dan takmo makan daging langsung. Sayur pun dia cuma nak carrot je. Tapi ketika tu apa saja disuap, Hakim kunyah dan telan tanpa banyak kesah.

 
MEALSHAKE SHAKLEE
 

Masuk bulan kedua, Hakim dah mula nak suap nasi sendiri. Mama hakim bagi sepinggan letak isi ayam sikit dan sayur. Mula-mula sesenduk tu agak payah nak habis. Terpaksa mama hakim suap kemudian nya. Tapi memang seronok bila tengok Hakim makin berselera makan..!

 
MEALSHAKE SHAKLEE
 

Sekarang ni pulak Hakim dah langsung takde masalah nak makan. Dia sendiri akan mintak bila lapar. Kalau ditanya pun dia akan menjawab dengan baik. Makan nasi sesenduk gerenti abis. Kalau makan kat luar, mama hakim akan share dengan dia suku bahagian. Lepas makan nasi, bole lagi nak makan roti atau biskut. Dan sebelum tido abis sebotol susu 220ml.

 
MEALSHAKE SHAKLEE
 

Bila perut Hakim kenyang, tido pun lena. Mama pun suka hati..hihihi. Yang penting, pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran yang baik. Hati sangat senang bila Hakim bole makan apa saja tanpa memilih. Mama hakim memang sangat bertuah sebab Hakim memang bukan jenis yang mudah jatuh sakit. Demam nak beralih bulan tu ade la jugak kadang-kadang, macam yang berlaku baru-baru ni..hihi.
 
 
Mealshake ni bukan sahaja untuk picky eater tapi banyak lagi kelebihan lain. Dan yang pasti bukanlah untuk kanak-kanak je. Untuk sesiapa yang rasa nak tambah berat badan pun boleh. Yang nak amalkan diet seimbang pun sesuai sangat. Nanti mama hakim share ape lagi kebaikan Mealshake Shaklee ni ye..!
 

Lebih kurang 4 bulan lagi Hakim akan berusia 3 tahun. Bermakna umur mama nyer pun makin bertambah jugak. Takpelah.. Janji menten VOGUE kann kannn..! Hahahaha.

 

p/s: gaya terbaru bila bergambar sambil sebut ‘pishh’..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday 8 March 2013

KISAH WANITA ITU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
Dia rasa nyawa dah melayang masa doktor sahkan perkara tu.
Ya, dia mengandung..! Dah 10 minggu..!
Mana mungkin..!
Sebab dia dalam proses penceraian dengan si suami.
Dia tau diorang mesti tengah gelakkan dia.
Diorang mesti duk mengata kat belakang dia.
Biarlah.. nak buat macam mane, mulut orang bukan mulut tempayan yang bole ditutup ketat-ketat.
Diorang akan stop ketawa bila tau malaikat melaknat isteri yang menolak permintaan suami.
Walaupun dia dalam proses penceraian, tapi dia masih suami isteri.
Suami masih ada hak ke atasnya selagi talak tidak dilafazkan.
 
 
Berita itu hanya disambut hambar bila dikabarkan pada si suami.
Ketara sangat si suami pun tak mengharap.
Saat hati si suami diikat rapi oleh perempuan lain.
Dan dia ditinggalkan sendirian menghadapi segala pahit manis mengandung.
Biarlah dia sendirian daripada dituduh mengada-ngada.
Bila muntah dikatanya di buat-buat. Bila teringin makan dikatanya melebih-lebih.
Jadi biarlah dia sendirian menanggung dan melayani kehendak tekak.
Tapi Allah Maha Adil mengirimkan seorang sahabat yang memahami.
Yang curi-curi menemani dan menghantarkan makanan.
Kerana dia tau si suami tak suka dia berkawan dan tak suka kawan-kawan dia.

 


Tapi dia pun bukanlah seorang yang kuat semangat.
Bila bersendirian, mula la syaitan merasuk fikiran..!
Mahu digugurkan sahaja kandungan itu.
Bila memandu sengaja kereta dilajukan agar terjadi sesuatu pada dia.
Bila di rumah dia duduk termenung di dapur memandang sepi pisau-pisau yang ada.
Sehingga dia terlupa Allah Maha Penyayang. Tempat mengadu yang paling tepat.
Tapi dia alpa dan membiarkan diri dikuasai syaitan..!
 


Akhirnya sahabat mendaftarkan dia ke sebuah klinik psikiatri.
Walaupun bagi dia doktor tak membantu langsung tapi sekurang-kurangnya ada orang yang boleh dengar luahan perasaan.
Hanya ubat yang dibekalkan sebagai penenang.
Dan semua ini tanpa pengetahuan si suami yang masih lena dibuai cinta perempuan lain.
Dia stress.
Dia murung.
Dan dia tak mampu buat apa-apa.
 


Apalah daya seorang wanita yang sarat mengandung 7 bulan.
Yang ditinggalkan sendirian tanpa sokongan.
Kegembiraan yang patut dikongsi bersama.
Dirampas oleh perempuan lain.
Dia tak tau sampai bila.
Dia tak tau samada dia masih boleh bertahan.
Dan dia hanya berserah pada Nya.
 
 
 
Doakan wanita itu mampu bertahan, diberi kekuatan dan ketabahan
 
Dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t

 
 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday 6 March 2013

SI DIA SUDAH OK..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

 
Alhamdulillah hero yang tumbang beberapa hari yang lalu dah bangkit dengan semangat yang tinggi..hihi. Over kan mama nyer..! Oh terima kasih Marya sebab bertanya. Terharu aii!

 

Petang sebelum balik keja Isnin lepas mama hakim singgah Coffee Bean untuk belikan kek coklat kegemaran Hakim. Saja nak bagi Hakim bersemangat sikit sebab pengasuh bagitau Hakim mogok takmo makan dan minum susu sepanjang pagi. Dah petang baru dia nak makan tu pun sikit je kata nyer.

 
 

Tengokla gaya budak dapat habuan nih..! Tak pandang kiri kanan  dah. Masa amik dia dari umah pengasuh, mama hakim bagitau ada kek untuk dia dalam kereta. Terus je mulut comel tu cakap ‘waaahh kek..!’. Padahal tengok pun tak lagi. Sepanjang jalan yang tak sampai tiga minit tu dia duk ulang ‘mama..kek! Wahh!’ hihihi. Anak pun over macam mamanyer kan..! Haha.

 

 
 
 

Dan petang semalam sempat mengepau mama di kedai ‘TujuhSebelas’ tu. Dapat la milo sekotak..! Alhamdulillah Hakim dah sihat seperti biasa. Malah makin berselera makan. Cukup time mintak mama nasi siap pegang pinggan dan sudu dia..!


Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger