Pembaca Blog Setia

Thursday, 3 April 2014

Bahaya Praeklampsia Kepada Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Baru-baru ni, ada seorang kawan mama hakim yang tengah sarat mengandung. Dia asek mengadu yang tekanan darah dia tinggi sangat. Even doctor cek waktu dia bertenang pun masih 140/110. Bayangkan lah betapa tinggi nya bp dia, terus kena tahan wad. Mama hakim tanya, ape lagi masalah dia selain tu, dia jawab kaki dia dah bengkak dan susah nak berjalan dan ada sedikit protein dalam air kencing. Alahai.. kesian sangat mama hakim dengar. Balik umah terus mama hakim google pasal ni. Ye la kan mana lah tahu kot-kot ada yang boleh dibantu untuk kurangkan kesakitan dia.

Mama hakim jumpa pasal PRAEKLAMPSIA. Nak tahu apa tu? Praeklampsia adalah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan, dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh dan protein dalam air kencing. Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia boelh membahayakan bayi dalam kandungan. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi kerana oksigen dan nutrisi penting yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.

Antara risiko menghidapi praeklampsia ini adalah jika ibu hamil berusia 40 tahun dan keatas, berat badan yang berlebihan ketika hamil, mempunyai masalah kesihatan yang kronik yang boleh menjejaskan system darah (tekanan darah tinggi, LUPUS, masalah ginjal, diabetes) dan jika ibu hamil mempunyai sejarah keluarga yang mengalami praeklampsia. Jika ibu hamil pernah menghidap praeklampsia pada kehamilan pertama, 20% daripadanya akan menghidapinya pada kehamilan seterusnya.

Yang paling merisaukan mama hakim ialah, tiada rawatan pencegahan yang pasti untuk praeklampsia ini. Cara terbaik untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan adalah dengan memenuhi temujanji antenatal dengan kerap. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah boleh memastikan ibu dan bayi tidak terancam serta dalam keadaan yang baik.

Ada bukti-bukti yang menyatakan dengan pengambilan KALSIUM yang mencukupi sebelum dan semasa kehamilan dapat mencegah dan mengawal praeklampsia ini. Jika tekanan darah tiba-tiba naik, ibu hamil dinasihatkan supaya banyak berehat, baring dengan sisi kiri supaya membantu aliran darah ke plasenta atau duduk dengan posisi tegak.

Cuba dapatkan nasihat dan rawatan doctor kalau-kalau ade ibu-ibu hamil kat sini yang rasa ada tanda-tanda macam praeklampsia ni ye. Kalau tetiba rasa tekanan darah tinggi melambung, serah diri je ke hospital berhampiran. Mencegah itu kan lebih baik.

Jadi, ibu ibu hamil ni jangan culas makan ubat/vitamin/supplement seperti yang dinasihatkan oleh doctor ye. Kalau sungguh sangat tak bole telan pun, mama hakim teringat petua dari seorang mama blogger. Katanya ‘cucuk pil tu dalam pisang yang dipotong kecil dan telan’. Insya Allah demi anak dalam kandungan dan juga diri sendiri, kan..hihi

Sumber : BabyCentre



Sampai jumpa lagi..wassalam

1 komen:

LydSunshine said...

ooo.. first time tau psl penyakit ni. kira mcm penyakit keturunan jgk ye. thanks ye share,.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger