Pembaca Blog Setia

Wednesday 19 June 2013

TUTUP PERIUK NASI ORANG..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Biasa je kita dengar istilah ‘tutup periuk nasi orang’ dan periuk nasi ditutup orang’ ni kan.. Malah dalam zaman berbisnes online ni, makin kerap kita dengar pasal ni. Sebab apa? Sebab makin ramai persaingan yang menjual produk atau barangan yang hampir sama.

Tapikan.. kadang-kadang kita terlupa SIAPA yang sebenarnya pegang periuk nasi kita? Siapa yang tentukan rezeki kita?

 

“Dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin ALLAH rezekinya” ~ Hud:6

 

“Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika ALLAH menahan rezekiNYA” ~ Al Mulk:21
 
“Barangsiapa bertakwa kepada ALLAH, nescaya DIA akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada ALLAH, nescaya ALLAH akan mencukupkannya. Sesungguhnya ALLAH melaksanakan urusan yang dikehendakiNYA. Sesungguhnya ALLAH telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu” ~ at Talaq:2-3
 

Peringatan buat diri sendiri juga, jangan mudah menyalahkan dan mengharap pada manusia. Kerana hati manusia bisa berbolak balik, berpaling dari kita. Sebaliknya serahkan lah pengharapan dan bergantunglah pada yang MAHA MENDENGAR, walau apa pun yang terjadi kita akan kuat dan bertambah kuat.

 

“Usah bersedih bila disisihkan manusia,
tetapi menangis dan merataplah bila disisihkan ALLAH s.w.t”

 
 
 

p/s: memetik kata-kata mentor saya, Master Lyna Noh.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

6 komen:

cahayahidupku.blogspot.my said...


فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ (٣٦)
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (36) Ar Rahman...

Jangan berputus asa... Rezeki Allah itu luas... dear

jangan kita berburuk sangka bahawa orang lain menutup periuk nasi kita...

Muhasabah utk diri akak jua :)

aizamia3 said...

Rezeki Allah tu luas.. kita perlu berusaha dan seterusnya berdoa.. insyaAllah.. ;)

Nastyna said...

Ada yang cakap "menabur pasir dalam periuk nasi"...betul tak. Rezeki masing-masing kan dear, berserah pada Allah.

desperate mama said...

semuanya dari DIA...

Chic Na said...

bahagian masing2 dah ditetapkan.. kan.. ;)

Unknown said...

As salam Raha,

Ternampak entry ni! So true... Allah yg tentukan rezeki kita, manusia hanya alat :)) Jgn putus asa... Kata mak Marya, Kalau bukan rezeki kita dlm mulut pun boleh keluar balik... ada juga kebenarannya :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger