Pembaca Blog Setia

Thursday, 4 December 2014

Kebaikan Chia Seed Yang Semua Orang Patut Tahu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Beberapa hari lepas, mama hakim ternampak post seorang kawan kat facebook tentang chia seed ni. Dia campurkan dalam air dan minum begitu saja. Sebelum tu pernah gak nampak dalam post seorang lagi kawan. Mula la hati mama hakim terdetik, apa sebenarnya kebaikan chia seed sampaikan makin ramai orang mula menjadikan ianya sebagai menu harian?

Jadi dengan kelebihan encik google, mama hakim cari la kelebihan dan kebaikan chia seed ni pada tubuh badan kita. Dan ini lah yang mama hakim dapat. Mama hakim nak kongsikan dengan semua.. lepas baca ni, mama hakim gerenti korang pun nak gi serang kedai organik untuk dapatkan chia seed..hihihi.

Chia seed ni sebenarnya tumbuhan berbunga dari kawasan Amerika Selatan. Chia itu sendiri bermaksud ‘kekuatan’ dan masyarakat lama mengamalkannya sebagai energy booster. Rupa dia macam biji selasih tu bila dah kembang.


CHIA SEED


Kebaikan #1

Kaya dengan nutrisi. Mengandungi serat, protein, lemak (Omega 3), Kalsium, Magnesium, Mangan dan Fosforus.

Kebaikan #2

Kaya dengan antioksidan. Ia melindungi lemak yang berada di dalam chia seed. Ia juga membantu mencegah pembentukan radikal bebas yang boleh merosakkan sel badan.

Kebaikan #3

Chia seed sangat rendah karbohidrat dan tinggi serat. Dan disebabkan tinggi kandungan serat, maka ia akan melambatkan pencernaan dan menyebabkan rasa kenyang yang lebih lama. Serat juga membantu bakteria baik berfungsi dengan baik di dalam usus.

CHIA SEED


Kebaikan #4

Tinggi dengan protein yang berkualiti. Pengambilan protein yang cukup akan membantu mengurangkan selera makan. Ia juga bagus untuk golongan vegetarian yang kurang pengambilan protein haiwan.

Kebaikan #5 (mama hakim tahu ramai yang akan bersorak gembira!)

Chia seed membantu menurunkan berat badan. Ianya disebabkan ia rendah karbohidrat, tinggi serat dan protein. Kalau nak dapatkan kesan yang maksimum, perlu la disertai dengan pemakanan yang seimbang dan senaman.

Kebaikan #6

Tinggi kandungan Omega 3. Omega 3 adalah bagus untuk perkembangan otak dan mengelakkan kita menjadi pelupa! Ia juga membantu menurunkan risiko penyakit jantung kerana Omega 3 membantu menurunkan paras kolesterol.

Kebaikan #7

Menjaga kesihatan tulang dan gigi. Kandungan kalsium, mangan dan fosforus membantu menguatkan tulang dan gigi dan mengelakkan osteoporosis.

Kebaikan #8

Mudah disediakan! Disebabkan rasanya yang tawar, kita boleh campurkannya dalam air (macam sirap selasih), dalam bubur, oat ataupun sup. Gambar dari google kat bawah ni pun menarik kan!


CHIA SEED


So, lepas baca semua kebaikan tentang Chia Seed ni, siapa yang rasa nak terus gi kedai organik angkat mouse skang!! Hihihi.. Tak kenal maka tak cinta, kan? Bila dah tahu banyak kebaikan biji-biji kecil berwarna hitam ni, maka dah tentu kita tak ragu-ragu untuk amalkannya.

Ops! Mama hakim ade 1 lagi tips nak kongsi, cara membeli Chia Seed yang terbaik. Pastikan ianya tidak berwarna kemerah-merahan sebab itu tandanya ia belum cukup matang!



Sampai jumpa lagi..wassalam.

1 komen:

Cikgu Norazimah said...

CN baru tahu, banyaknyer kebaikan dia yer ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger