Pembaca Blog Setia

Friday 19 December 2014

5 Cara Paling Mudah Telan Ubat Jenis Pil/Kapsul/Tablet Supaya Tiada Lagi Rasa Tercekik..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Tengok tajuk dah tahu dah mama hakim nak bebel pasal apa kan? Mama hakim pernah terima mesej pasal tak boleh nak telan supplement Shaklee jenis pil, kapsul mahupun tablet. Bila nak telan, rasa macam tersekat kat tekak, tercekik je walaupun dah minum sejag air.

Sebenarnya ramai je di antara kita yang masih susah nak telan ubat jenis pil/kapsul/tablet ni. Terutama bila dah jadi bakal ibu, mahu atau tidak, boleh atau tidak, doktor akan bekalkan kita dengan vitamin dan asid folik untuk membantu perkembangan bayi dalam kandungan. Tu belum lagi cerita kalau kita ada penyakit lain (Nauzubillah..) sebagai contoh kencing manis atau darah tinggi.

Sumber : Google


Jadi, dengan penuh semangat waja ni mama hakim nak tolong korang yang rasa tercekik bila telan ubat jenis pil/kapsul/tablet nih. Gigih tau mama hakim compile kan kat sini supaya boleh jadi rujukan sesiapa saja. Sharing is caring kan..hihihi.

CARA PERTAMA

Telan ubat dengan air yang diisikan di dalam botol yang mempunyai bukaan yang kecil. Contoh macam botol air mineral tu. Lebih kecil muncungnya, lebih mudah untuk menelan.

CARA KEDUA

Minum air melalui straw. Tak kisah la dalam botol atau cawan, tapi gunakan straw untuk sedut air selepas mencampakkan pil/kapsul/tablet ke dalam mulut. Terus telan air dan pil sekali, jangan pulak dikemam lagi airnya.

CARA KETIGA

Kalau kat rumah takde botol ataupun straw, boleh je nak guna cawan biasa. Tetapi muncungkan mulut kita seperti gaya minum melalui botol. Muncungkan betul-betul mulut tu sewaktu nak minum air untuk telan ubat.


Sumber : Google


CARA KEEMPAT

Instead of drinking plain water, tukar kepada jus buah-buahan. Rasa manis air buah tu akan memudahkan kita menelan segala jenis ubat pil/kapsul/tablet. Tapi INGAT! JUS BUAH-BUAHAN ATAU AIR YOGURT SAHAJA.

**Peringatan : Elakkan telan ubat/supplement dengan air teh/kopi/minuman berkarbonat/bercafein tinggi kerana ia menghalang penyerapan yang sempurna.

CARA KELIMA

Kalau tak boleh jugak nak telan dengan cara-cara di atas, cuba cucuk/sumbat ubat ke dalam pisang atau betik. Potong pisang ikut saiz yang boleh ditelan tekak, then cucukkan pil/kapsul/tablet. Baca bismillah dan telan lah pisang tu dengan apa cara sekali pun.

Haa.. amacam? Cukup tak LIMA CARA MUDAH MENELAN UBAT/SUPPLEMENT JENIS PIL/KAPSUL/TABLET ni? Cara yang mudah dan senang je tau. Tak memerlukan kos yang tinggi pun. Selamat mencuba ye korang..! Sharing is caring! Korang boleh kongsikan entry ni untuk sesiapa saja yang susah nak telan ubat jenis pil, kapsul dan tablet yang korang kenal.



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger