Pembaca Blog Setia

Thursday, 18 April 2013

PERIHAL MIMPI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ok saya merajuk ngan orang Malaysia.. Sebab viewer dari Kanada lagi tinggi..! Hahahaha..

 



Takde makna ler nak majuk bagai! Tak senonoh rupa orang yang dah nak masuk 3 series tapi masih vogue ni nak majuk pulak kan..

 

Entry yang muncul tiba-tiba entah dari mana angin sepoi bahasa bertiup tetiba mama hakim ade masa pulak menaip kat sini. Ok alas an klise, busy kalah calon pilihanraya! Opss!! Sampaikan yang komen-komen kat entry-entry lepas dipandang sipi-sipi je. Ok mama hakim akui, rindu sangat nak jengok ‘umah’ korang yang cantek dan sangat kreatif tu. Ade la satu dua yang mama hakim sempat kunjungi di celah-celah masa yang rasanyer sangat cepat berlalu.

 

Nak cite benda seram sikit bole tak? Bole la bole la.. Kalau takmo baca klik je ‘x’ ye. Malam tadi Incik Joni keja malam, so mama hakim tinggal berdua ngan Azizul Hakim. Kami tido lebih kurang pukul 11 agaknyer. Malam tv mmg jarang bukak, lagi-lagi kalau tinggal berdua. Mama hakim masih dibayangi perkara yang terjadi semalam sebenarnyer. Korang kalau rasa bulu roma dah berdiri jangan teruskan baca okeh..

 

Macam biasa sebelum tido dah siap-siap baca Alfatihah dan Ayat Kursi, tergoleklah kami dua beranak. Dan mama hakim pun bermimpi, walaupun rasa macam dalam reality sebab suasana mimpi adalah di ruang tamu umah sendiri.

 

Dalam mimpi tu, mama hakim dua beranak duk atas kusyen melepakkan diri. Tetiba dengar bunyi langkah kaki dari belakang kami. Eh takkan babah? Bukan ke dia dah gi keja petang tadi? Bila mama hakim berpaling, mama hakim nampak seekor lembaga yang menyerupai seorang pompuan berbadan besar dan tinggi gak lah. Riak muka dia garang sangat dan kat tangan dia macam ade tali ke cemeti ke tali pinggang ke mama hakim tak bape pasti.

 

Eh jap, takpe ke kita cite mimpi buruk kat orang ni? Maksud mama hakim bukan nak takutkan sesapa. Tapi bila benda ni terjadi rasa macam nak luahkan pulak..

 

Nanti mama hakim sambung ye, buat research jap..!!
 
 
 
p/s: Mama hakim tak rasa ini mimpi sebenarnyer. Mungkin betul kami di 'ganggu' malam tadi.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 17 April 2013

WORDLESS WEDNESDAY #17042013

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
 
 
 
 
SILATURRAHIM
 
 
 
Semoga ikatan silaturrahim yang terjalin di alam maya ni kekal selamanya..! Sayang semua..!!
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Saturday, 13 April 2013

Farm In The City Seri Kembangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Alamat : Jalan Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri Kembangan

Buka : 9.30 pagi hingga 6.00 petang (tutup setiap hari Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah)

Harga Tiket : RM30.00 dewasa
                       RM25.00 kanak-kanak (bawah 90cm tiada caj)

Tapi ade family pakej gak, lebih murah la.. RM99.00 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

FARM IN THE CITY

Entry ni walaupun dah basi sangat, mesti gak letak dalam blog..hihi. Sebagai rujukan di masa depan jugak dan kenangan Hakim main ngan haiwan-haiwan jinak kat sini. Mama hakim pegi sana dua kali dah..hihi. So gambar-gambar memang HASIL GABUNGAN PEGI DUA KALI tu..! Sebab tu nampak baju lain-lain..hahaha.


FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY



Kawasannya tak la besar sangat tapi penuh dengan haiwan yang bole berkeliaran kesana kemari. Kecuali untuk haiwan seperti landak, ular dan buaya of kos kena duk dalam kurungan kan..!


FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY


Ada gak sangkar besar untuk segala jenis burung dari yang bole terbang sampaila yang tak bole terbang. Tapi burung unta takde ekk..

FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY


Kawasan yang kat bawah ni macam ade parit keliling tempat arnab. Kat parit tu ada ikan-ikan kecil yang bole ditangkap untuk tujuan suka-suka. Tangkap lepas pastu tangkap lagi..hihi. Siap ade baldi kecik dan jaring disediakan. Hakim paling lama kat area ni, berpeluh ketiak mama nak ajak dia gi tempat lain..!


FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY



Tengokla budak yang tak tau takut ni, selamba dia gi dekat kat kambing tu. Siap ade buat bunyi ‘mehh, mehh’ (bunyi kambing Diego la tu..!)


FARM IN THE CITY





Yang lain-lain tengok gambo ye, mama hakim dah tak larat nak explain..hahaha. First time mama hakim pegi dengan keluarga mertua masa cuti Tahun Baru China. Kebetulan diorang datang sini nak gi i-City. So sebelum balik ke Tampin, ajak diorang datang sini dulu. Yang kali kedua mama hakim pegi tiga beranak je, hujung bulan Mac ari tu.
FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY


FARM IN THE CITY

Landak yang sangat besar! Nyorok je duk dalam tu.



FARM IN THE CITY

Ssshhh..! Musang ‘Swipper’ tengah tido..!



KURA-KURA



MARMOSET
Bagi makan kat marmoset. Kuaci tu punye la kecik!



FARM IN THE CITY




FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY




FARM IN THE CITY



FARM IN THE CITY


Babah yang sangat berani..hiiii

FARM IN THE CITY

Sila gelakkan aksi mak dan anak itu hahahaha


Kesimpulannya.. Echehh! Macam karangan pulak! Tempat ni memang best terutama untuk menghiburkan hati anak-anak dalam masa yang sama kenalkan diorang dengan haiwan secara lebih dekat. Pegi zoo pun bole je tapi haiwannya jauhhh nun seberang kandang. Kadang-kadang tak nampak pun. Tapi kat sini takde la haiwan besa gedabak macam badak, gajah dan yang garang macam harimau tu. Kat sini semua yang comel-comel je (kecuali landak! Haha..)


Silalah pergi beramai-ramai ye..hihihi. Promosi tak berbayar nih!


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 12 April 2013

PELIK JAP..! HAHA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Entry super speedy Gonzales di petang Jumaat ni J

 

Mane datang nyer pulok Audiens dari belah Canada ni..hihihi. Agaknyer diorang baca blog Towmater ni guna Google Translate tak? Tetiba jadi pelik sangat..!! Hahahaha..
 



Salam Jumaat semua dan selamat berhujung minggu..!


*Updated 13/4/2013 jam 9.15 pagi..hiii. Sungguh-sungguh ye orang Canada ni baca blog
Towmater..hahahaha


 

p/s: Mama hakim kerja la esok..wuu T_T (hari ni lettew..huu)

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger