Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Dari pagi menahan perut memulas ni..adoilaa.. Mama hakim tak
pasti kenapa boleh sakit perut. Nak kata cerry berry tak pulak. Salah makan pun
tidak. Tapi sengal-sengal sampai ke pinggang..!!
Sebenarnya adik perempuan (memang adik semua perempuan..hehe)
mama hakim tengah menunggu masa nak bersalin ni. Dari malam tadi dia gi
hospital dan terus kena tahan wad. Pagi tadi kami mesej-mesej dalam group
Whatsapp family, dia kata dah start contraction dan bukaan 3cm.
Yang peliknya, kakak dia kat opis ni pulak yang terasa sakitnya
jugak!! Bonda ade cakap, takpelah mama hakim kongsi rasa tu takde la teruk adik
mama menanggungnya nanti.. Hehehehe bunyi macam tak logik kan..!
Sebelum tahu dia pregnant dulu, mama hakim mimpi sambut baby
perempuan yang comel sangat. Punya eksaited ngan baby tu sampai terlupa semua
benda. Tapi tu dalam mimpilah kan.. Pastu terus je mama hakim mesej bonda,
tanya siapa yang pregnant ni sebab mimpi pegang baby. Bila dah tanya semua adik
beradik baru tahu memang ade sorang yang pregnant. Masa tu baru semua orang
tahu.
Oh! Update setakat tengahari tadi baru 4cm bukaan katanya tapi
memang tengah sakit sangat. Dan mama hakim kat sini pun memang dah tak larat
nak menahan sakit perut nih..
Sesiapa ada pengalaman atau pernah dengar perkara macam ni? Sila
lah kongsi ngan mama hakim..hehehe.
Sampai jumpa lagi..wassalam.
4 komen:
Takde pengalaman, so tak dpt nak kongsi. hehehe..
aik..mama hakim pon berbadan dua gak ke???ataupon kes makan rendang banyak nih..samapi ceret..
eh eh memang pelik ni.. first time dengar.. huhu.. okla ty berkongsi rasa dgn adik.. ;)
Anehnya mama hakim ni. Rapat sgt dgn adik tu ke sampai dia sakit pon mama hakim rasa? Wow... 1st time dgr. Saya dulu kalo time bersalin kalo boleh pindah skit kat org, saya cuma nak pindahkan skit kat suami je. Hehehe. Saje nak suh dia rasa gak.
Semoga semuanya selamat utk adik awk.
Post a Comment