Pembaca Blog Setia

Wednesday, 10 September 2014

Kemaafan Dendam Yang Terindah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Haa… Ini bukan pasal lagu Aisyah tau, walaupun pinjam tajuk lagu dia..heheh. Ini pasal kemaafan yang sebenar-benar lahir dari hati. Kemaafan yang tulus ikhlas sehingga kita dapat melupakan kesalahan seseorang tu pada kita. Walaupun ada orang cakap ikhlas atau tak tu, urusan Allah. Tapi adakah hati kita benar-benar sudah memaafkan kalau kita masih belum melupakan? ‘Things can be forgive but not forget’ gittew..

Mama hakim nak kongsikan satu kisah yang terjadi bulan lepas, insya Allah belum basi lagi..hihi. Al kisah, seseorang tu duk termenung ala-ala muhasabah diri fikirkan pasal hidup dia yang masih belum ada peningkatan. Segala usaha dirasakan belum cukup dan ikhlas sepenuhnya. Masih gigih mendidik hati agar melakukan segalanya hanya kerana Allah SWT.

Allah Maha Besar, mengilhamkan ahli keluarga dia.. Mula la terbayang wajah mak, abah dan adik beradik yang lain. Allahu..dia teringatkan dendam dan kemarahan terhadap seseorang dalam ahli keluarga. Dia pernah tekad dalam hati untuk tidak memaafkan sampai bila-bila, kerana baginya perkara tu tak sepatutnya berlaku. Walaupun dah 25 tahun berlalu, dia masih menyimpan perasaan marah tu.

Dengan airmata yang mengalir kat pipi, dia maafkan semua orang. Dia maafkan ahli keluarga yang pernah didendami dulu. Sehingga timbul rasa kasihan dalam hati sebab dia dimarahi terlalu lama.. Dalam masa yang sama, dia menghalalkan semua hutang orang pada dia. Apa yang dia perlukan sekarang ini adalah membersihkan hati dari perasaan marah, dendam dan prasangka buruk.

Nikmat Allah SWT tiba tepat pada masanya. Kini dia lebih mudah berurusan dengan semua orang. Kini dia lebih mudah mendoakan kebahagiaan orang lain. Kini dia lebih bahagia tanpa dendam dan kemarahan dalam hati.

Kadang-kadang, kita tak pernah terfikir pasal ‘roadblock’ yang menghalang kemudahan segala urusan kita. Selalunya, kita berusaha sehabis baik dan berdoa memohon pada Allah SWT agar dipermudahkan dan berjalan lancar. Namun tak perasan yang halangan kelancaran itu ada dalam diri kita sendiri.

Terima kasih Allah, di atas kelancaran idea menaip tentang kemaafan ini. Dan terima kasih juga kepada semua, sebab sudi baca sampai habis.



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger