Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..
Biasanya orang selalu cakap masalah
datang tanpa diundang kan.. Betul ke macam tu? Dah betul-betul pasti yang bukan
dari tindakan kita sebenarnya punca masalah yang timbul? Berapa ramai yang
memang boleh pastikan yang masalah yang menimpa tu datang secara tiba-tiba,
tanpa diundang..
Selalu gak terbaca status kat
newsfeed Facebook (nampak sangat rajin scroll newsfeed..huhu) bila ada yang
naik angin, ada yang meroyan, ada jugak yang menggunakan bahasa ‘indah’ memaki
hamun bila tiba-tiba ditimpa masalah. Ada juga yang menyalahkan sesuatu keadaan
atau seseorang bila ada masalah. Kadang-kadang, kita terlalu FOKUS PADA MASALAH
dan menyalahkan sehingga terlupa nak FOKUS PADA PUNCA dan PENYELESAIANnya. Contohnya
macam yang mama hakim cerita kat SINI.
Bila kita tukar arah pemikiran kita,
dari mencari SALAH kepada mencari PUNCA maka cara penyelesaiannya juga pasti
berbeza. Bukan lagi duk meroyan maki hamun kat Facebook semata tapi terus pada
punca nya. Muhasabah diri cara terbaik untuk kita mencari punca masalah. Cermin
diri sendiri dulu sebelum kita salahkan orang lain. Refleks dalam diri sendiri
dulu sebelum kita tujukan pada keadaan dan situasi. Pastinya kita akan NAMPAK
dari mana datangnya masalah tu.
Jangan guna jalan mudah menyalahkan
orang lain ataupun situasi. Masalah takkan selesai dengan cara itu, malah
mungkin menambahkan lagi bila ada yang terasa hati dengan tuduhan kita.
BERTERUS TERANG dan BERBINCANG lah sekiranya kita pasti yang masalah itu
berpunca orang lain. Jangan sekadar CAKAP BELAKANG dan memburuk-burukkan orang
tu dengan teman-teman yang lain. Perbuatan ini juga MENGUNDANG MASALAH kan..
Jadi, dari mana datangnya istilah ‘masalah datang tanpa diundang?’
Sampai jumpa lagi..wassalam.
1 komen:
Blogwalking:
Hai tuan rumah..
Tanpa masalah, takde warna la hidup kan?
Jemput bertandang ke blog saya.. untuk dapatkan info tentang pelapik tilam kalis air, sangat membantu dalam melatih anak bercerai lampin..
blog : http://kapasutera.blogspot.com
FB Page : https://www.facebook.com/cadarkalisair
terima kasih..
Post a Comment