Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..
Hampir sebulan mama hakim tinggalkan
blog kesayangan nih..huuu. Kesian dia abis berabuk! Fuhhh..fuhh kasi tiup skit
itu habuk..
Mama hakim ada satu perangai yang
suka-suka beli makanan lebih bila ke kedai atau gerai jual kuih muih tu.
Maksudnya, bila nak makan karipap yang berharga 3 RM1, mama hakim bungkus lagi
RM2 untuk orang lain. Siapa? Mama hakim akan bagi pada sesiapa je secara
random.
Selalunya, mama hakim akan bagi
kuih, roti, air mineral atau 100plus pada acik cleaner, pengumpul troli kat
pasaraya, pakcik guard ataupun pencuci kat carwash.. Saja suka-suka bagi kat
diorang untuk minum petang (biasanya).
Kalau time bulan puasa lagi best
sebab ada bazar Ramadhan kan, beli je kuih muih atau makanan dari bazar dan
bagi pada sesiapa yang mama hakim jumpa dalam perjalanan balik. Walaupun
kadang-kadang diorang kelihatan terkejut tapi tetap ambil makanan tu dan
senyum!
Itu je dah cukup buat mama hakim
rasa seronok. Semacam ada suatu perasaan yang tak dapat diungkapkan. Semoga
Allah izinkan mama hakim kaya dan berjaya supaya mama hakim dapat beri lebih
lagi kepada lebih ramai orang di luar sana.
Tujuan mama hakim taip entry ni
bukan lah nak membangga diri, tapi sebagai perkongsian bahawa betapa mudah kita
mendapat kebahagiaan hanya dengan membantu dan membahagiakan orang lain..kan?
Kesayangans semua ada cara lain tak
yang boleh membahagiakan orang di sekeliling kita? Meh la kongsi bersama..
Sampai jumpa lagi..wassalam.