Pembaca Blog Setia

Saturday, 20 July 2013

Tips Bagi Pasangan Yang Ingin Mendapatkan Zuriat


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Wahh siap ada tips bagai. Mama hakim nak letak dalam blog ni sebagai panduan diri sendiri jugek..hehe Sebab I kan sedang ehem ehem.. merancang untuk menambah ahli keluarga..hihihi. Apa yang mama hakim kongsikan kat sini, hasil dari pencarian maklumat ehsan Encik Google dan group ibu ibu yang melambak kat Facebook. Senang nak baca bila dah compile kan sekali kat sini.


TIPS 1 – MENJAGA PEMAKANAN

Of course ini paling penting. Kenapa? Sebab dari makanan lah terhasilnya sel-sel dan darah daging kita. Dan juga pemakanan yang seimbang dan sihat akan menjamin berat badan yang ideal.

·         Pilih makanan yang mempunyai kandungan anti oksidan yang tinggi.

·         Elakkan kafein, minuman bergas dan berais

·         Elakkan sayur-sayuran yang ‘sejuk’ dan ‘berangin’ seperti pucuk ubi, kacang panjang dan kobis

·         Jus buah-buahan tanpa gula memang bagus tapi elakkan nenas dan tebu ye sebab diorang ni ‘tajam’

·         Elakkan juga makan laksa sebab orang tua-tua kata bunga kantan kat dalam tu juga agak ‘tajam’

·         Banyakkan makan sayuran hijau dalam hidangan harian dan juga ikan (cold water fish is the best for fertility)


TIPS 2 KETAHUI NUTRIEN PENTING

Antara nutrient penting yang perlu diambil oleh bakal-bakal ibu

·         Vitamin E – Membantu meningkatkan kesihatan sperma dan kesuburan lelaki. Juga membantu penghasilan telur yang sihat untuk wanita. Sumber antioksidan terbaik yang mengurangkan kerosakan sel disebabkan radikal bebas dan penuaan.

·         Vitamin D – membantu dalam penghasilan hormone dan proses ovulasi

·         Vitamin C – menbantu meningkatkan tahap hormone dan kesuburan wanita dan juga lelaki. Mengurangkan risiko keguguran.

·         Iron – Elemen penting dalam kesuburan dan kesihatan ketika mengandung.

·         Asid folik – Rasanya semua orang tau akan kepentingan Asid Folik. Kekurangan Asid Folik boleh menyebabkan kelahiran pramatang, kekurangan berat badan bayi, spina bifida(tulang belakang), cleft lips (sumbing) dan banyak lagi komplikasi ketika mengandung

·         Zinc – Bagi wanita, Zinc bekerjasama dengan lebih dari 300 enxim dalam badan bagi memastikan segala fungsi berjalan dengan baik. Dan bagi lelaki, Zinc terbukti membantu meningkatkan kuantiti sperma yang sihat dan berkualiti.

·         Selenium – antioksidan penting yang melindungi sperma dan ovum dari serangan radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan pada kromosom

·         Omega 3– mengandungi DHA dan EPA membantu menstabilkan hormone dalam badan dan meningkatkan kualiti uterus dengan melancarkan perjalanan darah ke system reproduktif.

Akhir sekali yang paling penting ialah MINUM AIR MASAK DENGAN MENCUKUPI. Selain membantu menyahtoksin, air juga membantu semua nutrient yang diperlukan menyerap ke dalam badan dengan baik.
  
Cukuplah setakat ini dulu tips mama hakim kongsikan. Panjang-panjang sangat nanti lenguh korang nak baca. Di lain entry nanti mama hakim kongsi tips penjagaan kesihatan bagi yang merancang untuk hamil.


SUMBER UTAMA
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Friday, 19 July 2013

SEMENTARA NAK TIDO..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam Ramadhan yang penuh barakah..

 

Macam mana sambutan puasa setakat hari ini? Ada yang dah diberi cuti khas? Alhamdulillah, anugerah dari DIA yang tidak ada pada kaum bapak-bapak kan..hehe. Sekurang-kurang nya time ni la mak mak bole pulun nak mengemas umah ke, nak shopping ke (hehe kurang skit penat berjalan) ataupun ada yang rajin buat kuih raya sendiri. Memang supermak lah korang ni..!! Mama hakim salute tau..!!

 

Mama hakim setakat ni full lagi..hehe sebab biasanya cuti khas tersebut datangnya hujung bulan membawa ke awal bulan. Adakah mama hakim akan raya awal? Hahaha. Entah ape la mama hakim merepek memalam ni kan. Sebenarnya baru lepas tidurkan hero kecil yang sangat letih tapi sungguh-sungguh melawan mata.

 

Kadang-kadang memang pelik dengan sikap anak-anak kecik yang susah nak tido walaupun dah penat. Kesian pun ada sebab kita tau yang diorang dah penat, cuma di lawan demi mainan terchenta. Hahaha..

 

Dari mama hakim bebel lebih-lebih sampai korang bosan, lebih baik mama hakim bagi korang masa untuk pikir nak makan ape sahur karang.

 

Selamat beradu, jangan lupa baca doa dan niat untuk puasa esok..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 16 July 2013

Vitamin B Complex Shaklee Membantu Menyokong Kehamilan


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Haa.. muncul-muncul je dah begitu tajuknya. Disebabkan Azizul Hakim dah pun berumur 3 tahun, mama hakim rasa inilah masa yang paling sesuai untuk menambah ahli dalam album keluarga..hihihi. Malu pulak rasanya, itupun nak cite kat orang kan..!! Tapi kalau ada yang baca blog ni dari awal, mesti tahu betapa Azizul Hakim dianugerahkan pada ulangtahun kelima perkahwinan kami.

Jadi, apa kena mengena ngan B COMPLEX SHAKLEE? Eh Mesti la ada sebab B Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B dan ASID FOLIK. Shaklee juga adalah pencipta pertama di dunia yang mencipta Asid Folik dengan KADAR BOLEH SERAPAN yang sangat tinggi dan berkualiti. B Complex Shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk Biotin dan Asid Folik.

Kenapa B COMPLEX penting dalam diet harian?

ü  MENUKAR MAKANAN KEPADA TENAGA – membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga / mengurangkan masalah kelesuan dan keletihan

ü  MELAWAN TEKANAN – memastikan kesihatan fungsi saraf sekaligus meredakan sakit kepala, migraine, tekanan, kemurungan dan insomnia

ü  MEMBANTU TUMBESARAN – menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang (spina bifida)

ü  RAMBUT BERUBAN DAN GUGUR – membaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur dan beruban. Mengekalkan kesihatan rambut.

ü  KESIHATAN MATA – mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak, meningkatkan kualiti penglihatan, menguatkan memori dan daya pemerhatian/fokus

ü  MENCEGAH ANEMIA – membantu pembentukan sel darah merah yang sihat dan antibody, merangsang perjalanan darah yang lancar

ü  MEREDAKAN SENGGUGUT – meredakan ketegangan, kerisauan dan keresahan terutama kepada mereka yang mengambil ubat hormone dan tahan sakit

ü  MENCEGAH PERLCCH – yang juga dikenali sebagai rekahan dalam mulut (mouth chilitis), mencegah jangkitan lidah dan nafas berbau

ü  DETOKSIFIKASI – meredakan alergi dan alahan.

Nampak tak betapa banyak kepentingan B Complex ni? Memang mak mak macam kita ni kena ambil sebagai sebahagian dari diet harian terutama SEBAB YANG PERTAMA tu. Insya Allah bila kita tak letih dan lesu, tanggungjawab kita dapat dilakukan dengan baik.

Jangan lupa contact mama hakim (sms/whatsapp 018 2835 816 / emailkan ke ayudzul@yahoo.com) anytime untuk konsultasi yang lengkap ye. Khas dan eksklusif untuk pelanggan tersayang J


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 9 July 2013

SET MIGHTY 3 GEM SEMPENA RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Mari mari rapat rapat adik kakak abang abang.. Meh rapat sini mama hakim ada perkara menarik nak share ni..! Khas untuk korang yang rajin singgah blog Towmater ni. Ari ni nak kenalkan kepada semua SET MIGHTY 3 GEM. Di gabungkan khas untuk menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba.

APA yang ada dalam SET MIGHTY 3 GEM ni? Set ini adalah gabungan ESP (Energizing Soy Protein), Mealshake dan Performance Drink. Pilihan terbaik untuk seluruh ahli keluarga tau..!!

SIAPA yang PATUT ambil SET MIGHTY 3 GEM..? Sangatlah sesuai untuk mama mama cantek yang bekerjaya, mommy mommy gorjes yang menyusukan anak, untuk encik suami ensem yang penat bekerja seharian dan juga anak-anak comel yang baru mula nak belajar berpuasa.  


SET 3 GEM SHAKLEE


KENAPA mama hakim rekemen sangat korang semua amik SET ni semata-mata kerana nak membantu korang supaya lebih bertenaga di sepanjang bulan Ramadhan ni. Kalau tahun-tahun lepas tak larat nak abiskan 20 rakaat terawih, insya Allah tahun ni lebih bersemangat untuk melakukan lebih ibadah.

Meh mama hakim cerita details skit pasal set ni ye..


ESP (Energizing Soy Protein)

~ Dah nama pun ‘energizing’ kan..hihi. Ia membantu MEMBEKALKAN TENAGA BERPANJANGAN

~ Mengalas perut dan menahan lapar kerana ia membantu MENGHASILKAN MUKOSA SEBAGAI PELINDUNG ASID HIDROKLORIK dalam perut. So takdelah perut rasa pedih-pedih kan. SANGAT SESUAI UNTUK PENGIDAP GASTRIK!

~ Gabungan PROTEIN dan KALSIUM menjadi makanan tambahan dalam PENGHASILAN UTAMA SUSU IBU yang dapat diberikan kepada si manja walaupun anda berpuasa.


MEALSHAKE

~ Berperisa vanilla yang sangat sedap dapat MEMBEKALKAN 19 JENIS VITAMIN DAN MINERAL penting yang diperlukan tubuh.

~ Kaya dengan KALSIUM DAN SERAT MEMBANTU MENGATASI MASALAH SEMBELIT di bulan puasa.

~ MEMELIHARA KESIHATAN BADAN SECARA OPTIMUM melalui kandungan vitamin dan minerals yang selalunya sukar diperolehi dalam sajian berbuka kita


PERFORMANCE DRINK

~ Dengan rasa oren yang menyegarkan..!! Ia telah menjadi pilihan ahli sukan dan atlet untuk KEKAL BERTENAGA DAN MENGELAKKAN DEHIDRASI.

~ Rumusan eksklusif Opticarb memberi kita KARBOHIDRAT bagi DAYA KETAHANAN  DAN ELEKTROLIT BAGI PENGHIDRATAN SEMULA dengan segera.

~ Terbukti secara klinikal dalam MEMELIHARA PARAS GULA DALAM DARAH yang penting untuk tenaga otot dan paras bendalir yang perlu.

Sekian sahaja bebelan panjang lebar ni ye. Baca tau, penat mama hakim menaip demi kebaikan bersama..chewahhh! KHAS BUAT PEMBACA BLOG TOWMATER, mama hakim menawarkan KONSULTASI SECARA PERCUMA untuk korang semua. Contact mama hakim ye (sms/whatsapp 018 2835 816) atau email ayudzul@yahoo.com untuk dapatkan harga kasih sayang ni ye.

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger