Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Ya Allah.. nak pensan rasanya..! Sebab tak sempat buat ape-ape
entry pasal birthday si chenta hati semalam. 1 Julai 2013, Azizul Hakim berumur
genap 3 tahun. Kan mama hakim cakap nak celebrate, Alhamdulillah dapat gak buat
sambutan kecil-kecilan Ahad lepas tapi meriah sebab adik beradik yang ramai..hehehe.
Sambil-sambil main masak-masak kat umah untuk menyambut Ramadhan.
Kemudian je mama hakim letak gamba ye.. walaupun takde gamba
potong-potong kek tapi kek nya tetap ade..! Dua biji tau..hehe demi mencukupkan
untuk semua orang merasa. Antara makanan lain, bonda goreng mee pagi tu, pastu
buat laksa. Lepas tu duk heboh menguli tepung nak buat donut. Abang lang bawak
ayam dan kambing yang dah siap diperap, maka berbarbeque la kami.
Memang seronok sangat makan dari pagi sampai malam..hahaha. Yang
penting kitorang semua dapat berkumpul adik beradik kat umah keluarga. Nanti
mama hakim cite lagi ye, sekali dengan gamba. Baru puas bercerita.
Sampai jumpa lagi..wassalam.
2 komen:
Hepi belated besday buat Hakim. semoga menjadi anak yang soleh berjaya didunia & akhirat.. Amin
dah tiga tahun ye Hakim..
happy belated birthday!
Post a Comment