Pembaca Blog Setia

Wednesday, 19 March 2014

Bila Diuji Dengan Masalah, Fokus Pada Masalah Atau Penyelesaian?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Korang ingat lagi tak lagu Bangau oh Bangau? Meh nak nyanyi skit ye..hihi

‘Bangau oh Bangau
Mengapa engkau kurus
Bagaimana aku tak kurus
Ikan tak mau timbul’

Kesian kan kan bangau ni. Masalah dia adalah ikan tak timbul dipermukaan air, maka dia hanya fokus pada masalah. Dia sanggup berlapar sehingga kurus kering menunggu ikan timbul. Malah bangau meletakkan kesalahan kepada ikan – kerana ikan tak timbul maka dia kelaparan dan kurus.

Bangau dianugerahkan Allah dengan sayap dan berkeupayaan bebas bergerak terbang ke tempat lain. Mengapa tidak si Bangau menyelesaikan masalahnya dengan bergerak mencari ikan dari tasik lain? Jika diteruskan lagu Bangau oh Bangau ini, memang tak habis-habis menyalahkan orang atau benda lain.

Itulah yang terjadi kepada kita jika hanya fokus pada masalah. Apabila kita terlampau memandang berat terhadap masalah yang menimpa, secara tidak langsung kita menutup pintu dan mata hati kita untuk melihat kepada cara penyelesaian masalah. Menyalahkan keadaan atau orang sekeliling memburukkan lagi masalah yang sedia ada.

Wahai si Bangau, sedarkah kamu akan kaki dan sayapmu yng hebat? Yang membolehkan kamu bergerak dan terbang bebas mencari sumber makanan. Sedarkah kamu mempunyai leher yang panjang? Yang membolehkan kamu menyelam mencari ikan di dalam air. Mengapa di tunggu ikan terhidang di depan mata? Mengapa tidak kamu menggunakan segala potensi dirimu untuk mencari ikan yang terbaik buat mengisi perutmu?

Sayang sekali si Bangau. Hanya kerana tersalah fokus maka kamu lebih senang menyalahkan ikan dan membiarkan dirimu kurus dan kelaparan. Sedangkan kamu mempunyai segalanya untuk mengubah keadaan dirimu.


“FOKUS PADA KELEBIHAN DIRI KITA, 
BUKAN PADA KEKURANGAN YANG ADA”


Sumber : MommyLyna



Sampai jumpa lagi..wassalam. 

1 komen:

LydSunshine said...

Betul-betul. setuju. Dulu saya mcm tu la. Bila ada masalah sibuk dok kaji punca la, siapa yg salah la. Bukan cuba nak selesaikan masalah tu. Ish2. Sekarang dah cerdik skit la. Heheh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger