Pembaca Blog Setia

Tuesday, 10 September 2013

HAISSHH.. APESAL SIBUK SANGAT HARI NI..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
 
Its my anniversary today..!!
 
Dan mama hakim busy macam takde hari lain boleh siapkan kerja nih..huu *hati bengkak*
 
 
 
Insya Allah akan cuba taip satu entry penuh pasal ulangtahun perkahwinan kami ni.
 
Dah LAPAN tahun okey..!
 
Mesti la banyak yang nak dikongsi..
 
 
 
Mama hakim pun ada sesuatu yang nak dikongsi dengan pembaca setia blog Towmater nih..hehe.
 
Ailapyu sangat tau..!!
 
Rajin singgah walaupun mama hakim kebizian tak tentu hala *sebab ada Encik Bos baru*
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Saturday, 31 August 2013

Ikhtiar Mendapatkan Zuriat Dengan Set Kesuburan Shaklee


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Rasa macam nak tampar-tampar diri sendiri sebab tak bagi maklumat lengkap kepada pembaca blog Towmater dan customer-customer tersayang..! Beberapa hari ni macam kesibukan menguruskan persiapan raya sampai lah dah raya ke tujuh baru mama hakim perasan yang mama hakim tak buat entry lengkap pasal SET KESUBURAN SHAKLEE. Adoiyaiii.. perkara penting camni pun bole lupa!! Ok sebelum melalut lebih panjang baik mama hakim terangkan apa yang ada dalam SET KESUBURAN SHAKLEE ni.

Yang paling asas dalam SET KESUBURAN untuk suami isteri ni ialah ZINC COMPLEX, VITA E, GLA COMPLEX dan ALFAFA.

Selain yang asas dan bergantung kepada konsultasi berlainan customer (of kos, lain orang lain tahap kesihatannya) B COMPLEX dan VITALEA juga antara yang menjadi pilihan dalam SET KESUBURAN SHAKLEE.

Dan pilihan paling hot dan sekseyy pastilah ESP (Energizing Soy Protein). Sebab apa perlunya ESP? Sebab ia membantu MENGOPTIMUMKAN penyerapan semua vitamin yang diambil dalam badan.

Untuk KONSULTASI SEPENUHNYA, jangan segan-segan contact mama hakim ye (sms/whatsapp 018 2835 816) Mama Hakim akan terangkan dengan lebih details fungsi dan kebaikan untuk setiap satu vitamin ni.


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 21 August 2013

MENYAMBUT KEDATANGAN AHLI KELUARGA BARU..!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
Entry super speedy sebelum mula buat kerja..!

Alhamdulillah adik mama hakim yang kesakitan dalam labor room semalam selamat melahirkan bayi lelaki yang comel mintak ampunnn lebih kurang pukul 5.45 petang berdasarkan info dari adik mama hakim (yang kembar tu) yang ada hospital memberi laporan secara langsung dalam group Whatsapp family..
 
Nama tak rasmi Ikhwan Syahir. Mama hakim tak sure nama penuh dia. Dilahirkan secara normal ikut pintu dan seberat 3kg. Tak padan langsung ngan mak dia hokeh!! Alhamdulillah baby sihat je tapi ibunya di tahan di ICU sebab tak cukup nafas nak meneran semalam dan masalah jantung. Mohon doakan adik mama hakim kembali sihat ye. Kesian dia belum dapat pegang baby lagi..
 
Meh mama hakim tepek gamba baby motak yang comel nih..!!
 
 
 
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

Tuesday, 20 August 2013

MACAM NI PUN BOLEH KE? ADOI LAA...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Dari pagi menahan perut memulas ni..adoilaa.. Mama hakim tak pasti kenapa boleh sakit perut. Nak kata cerry berry tak pulak. Salah makan pun tidak. Tapi sengal-sengal sampai ke pinggang..!!

 

Sebenarnya adik perempuan (memang adik semua perempuan..hehe) mama hakim tengah menunggu masa nak bersalin ni. Dari malam tadi dia gi hospital dan terus kena tahan wad. Pagi tadi kami mesej-mesej dalam group Whatsapp family, dia kata dah start contraction dan bukaan 3cm.

 

Yang peliknya, kakak dia kat opis ni pulak yang terasa sakitnya jugak!! Bonda ade cakap, takpelah mama hakim kongsi rasa tu takde la teruk adik mama menanggungnya nanti.. Hehehehe bunyi macam tak logik kan..!

 

 
 
Sebelum tahu dia pregnant dulu, mama hakim mimpi sambut baby perempuan yang comel sangat. Punya eksaited ngan baby tu sampai terlupa semua benda. Tapi tu dalam mimpilah kan.. Pastu terus je mama hakim mesej bonda, tanya siapa yang pregnant ni sebab mimpi pegang baby. Bila dah tanya semua adik beradik baru tahu memang ade sorang yang pregnant. Masa tu baru semua orang tahu.

 

Oh! Update setakat tengahari tadi baru 4cm bukaan katanya tapi memang tengah sakit sangat. Dan mama hakim kat sini pun memang dah tak larat nak menahan sakit perut nih..

 

Sesiapa ada pengalaman atau pernah dengar perkara macam ni? Sila lah kongsi ngan mama hakim..hehehe.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger