Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Sorry..! Sorry sangat tak abiskan cite semalam. Masa begitu
mencemburui saya..huuu!!
Terima kasih pada yang dah komen pasal mimpi mama hakim tu. Meh
mama hakim sambung ye..
Perempuan muka garang tu seolah-olah marah sangat ngan kami anak
beranak. Dia hayun tali/cemeti/tali pinggang tu ke arah kitorang. Mama hakim
peluk si anak sambil tunduk sebab takut terkena kat si anak. Mama hakim cuba
baca Ayat Kursi tapi tak lepas, tetiba macam takleh nak bukak mulut! Ntah macam
mane, mama hakim cuba jerit mintak tolong! Eh ade pulak suara..!! Terus jerit
Allahu Akbar banyak-banyak kali..
Bila dengar mama hakim jerit gitu, perempuan garang macam makin
menjauh ke belakang dan akhirnya termasuk dalam bilik. Cepat-cepat mama hakim
tutup pintu bilik tu!! Terdengar-dengar suara dia dari dalam bilik
menjerit-jerit marah dan macam menendang-nendang pintu bilik.
Mama hakim cepat-cepat cari henpon konon nak bukak bacaan ayat
Al Quran dan ayat-ayat Ruqyah tapi tak jumpa! Pelik betullah..padahal masa duk
lepak tu kami tengah tengok henpon ler.. Akhirnya mama hakim jumpa henpon lama
N95 terselit celah kusyen, bole lah kan janji ade. Bila mama hakim mula bukak
surah Al Baqarah, tetiba bateri abis! Sekali lagi kitorang anak beranak mencari
charger pulak!! Yang dalam bilik tu masih meraung-raung meronta-ronta..huu.
Dalam masa kitorang nak cas henpon tu, tetiba sliding door
terbukak dan masuk 3 orang budak kecik entah dari mana!! Eh!? Rumah ni tingkat
3 okey..!! Diorang masuk, buat sepah, gelak-gelak tapi tak kacau kitorang. Mama
hakim cuba baca ayat Kursi lagi sekali. Kali ni boleh, Alhamdulillah..
Habis je mama hakim baca ayat Kursi, terus terjaga! Hakim pun
sama terjaga kat sebelah. Dia merengek-rengek je. Jam kul 5.50 pagi. Mama hakim
nak masuk bilik air mandi pun Hakim tak bagi. Dia duk merengek nak berkepit
je..
Yang pasti, bangun tido tu badan mama hakim sakit sangat macam
baru lepas bergelut. Hakim cakap tapak kaki dia sakit, jalan bertengkot-tengkot
sambil cakap ‘akit..akitt’.
Mama hakim macam tak tido je rasanyer. Tak kisah la kalau kena
kat diri sendiri, tapi kalau betul Hakim pun rasa dan mimpi benda yang sama
kesiannyer lah! Insya Allah kami dua beranak ok je, semoga sentiasa dibawah
lindungan Nya. Terima kasih ye korang yang baca sampai abis..!!
p/s: Sorry Chic Na, mama hakim pun lupa malam tadi khamis malam
jumaat.
Sampai jumpa lagi..wassalam.
3 komen:
mungkin juga "gangguan" kan.... sebab sampai ada kesan tu....
insyaALLAH, semuanya okey...
huhu.. takde ape lah mama. saje je.
eh tapi macam real la pulak kan. seriau cikna baca. mungkin betul2 gangguan kot. sbb mcm sedar tak sedar je. apepun lepas ni teruskan baca ayat2 pelindung banyak2 k. InshaAllah semua selamat.
macam ada sesuatu je mama hakim.. hakim pun macam sama rasa je.. kene selalu pasang ayah2 ruqyah ni..
semoga mama hakim dan keluar sentiasa dibawah lindungan-Nya.. aamiin..
Post a Comment