Pembaca Blog Setia

Wednesday, 14 August 2013

Vitamin E Penting Untuk Kesuburan Suami Dan Isteri


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Kalau sebelum ni mama hakim dah cite pasal KEPENTINGAN B COMPLEX DALAM MENYOKONG KEHAMILAN, kali ni nak kongsi pasal VITAMIN E pulak. Alaa.. korang jangan kebosanan pulak ekk sebab mama hakim tak abis-abis dengan cerita nak tambah ahli keluarga. Mana la tau kot kot ada sesiapa yang korang kenal, saudara mara adik beradik yang sedang merancang untuk hamil. Bole la korang kongsikan artikel dari episod NAK HAMIL mama hakim ni.

Kenapa VITAMIN E penting? Apa fungsi dan kaitan VITAMIN E dengan kehamilan? Ini la yang mama hakim selalu tertanya-tanya sendiri. Jadi dengan penuh gigih mama hakim cari info dan compile dalam ni.

Kajian yang telah dilakukan pada tahun 1924 mendapati VITAMIN E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Ia mampu meningkatkan bilangan sperma. Selain itu, VITAMIN E membantu menambahkan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih. Antioksidan dalam VITAMIN E mampu melindungi DNA sperma.

Sumber makanan untuk VITAMIN E ; Badam, Zaitun, Bayam, Betik dan Minyak Bunga Matahari

SELENIUM membantu tubuh badan menyerap vitamin E dengan lebih baik. Dalam masa yang sama, SELENIUM melindungi sperma dan ovum dari radikal bebas yang boleh menyebabkan kerosakan kromosom. SELENIUM juga penting dalam penghasilan sperma yang sihat dan berkualiti.

Sumber makanan yang mengandungi SELENIUM ; Ikan merah, Ikan Kod, Tuna, Sardin dan Ayam Belanda

Disebabkan VITAMIN E dan SELENIUM ni saling memerlukan, jadi sangat penting untuk mama hakim pilih sumber makanan yang ada kedua-duanya. Selain tu, tak lupa gak supplement supaya mama hakim mendapat nutrient yang betul dan kuantiti yang tepat. Ye la kan, kadang-kadang bila mama hakim masak sumber makanan tu kita tak tau plak samada nutrient tu masih ada atau pun dah terhapus dek kepanasan.



Pilihan mama hakim of kos la SHAKLEE. Semulajadi dan selamat. VITA E COMPLEX Shaklee dibuat dari minyak soya organic dan minyak biji gandum yang kaya dengan vitamin E. Diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E menjadikan VITA E COMPLEX adalah vitamin E paling lengkap di pasaran. Dah siap-siap pun ada SELENIUM dalam tu, takyah risau dah..hehe

Jadi, sesiapa yang rasa nak mencuba VITA E COMPLEX Shaklee juga bole hubungi mama hakim bila-bila masa (sms/whatsapp 018 2835 816) untuk mendapatkan KONSULTASI SEPENUHNYA. Bila-bila masa okey..!!!
Nak tau promosi terkini dengan lebih cepat? Jom la LIKE Page mama hakim Beautiful Mama Shoppe


iR RAHA MOHD ISKAK
SHAKLEE ID 909821
018 2835 816


Sampai jumpa lagi..wassalam.

3 komen:

Qhaifa Nur said...

moga apa yang kita makan..akan mendapat manafaatnya kan..kan

Mizz Aiza said...

salam kenal.. ramai kawan yang cakap produk shaklee ni elok..
p.s: datang dari blog kesuma angsana dan follow di sini..

Nur Diana said...

Salam kenal..kita adik beradik :) kalau bkesempatan.. lawatla kindhearty.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger