Pembaca Blog Setia

Friday, 21 March 2014

Tabiat Buruk Yang Sedang Berusaha Diubah

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Salam Jumaat yang penuh dengan keberkatan. Sedar tak sedar dah sampai ke penghujung minggu pun. Allahuakbar..memang tak terkejar dengan masa..kan.

Oh! Pasal tabiat buruk tu, mama hakim memang dah lama dihantui (betul ke perkataan tu?) dengan tabiat ni. Bila mama hakim dalam mode bekerja (rajin sangat) yang memerlukan kerahan otak, selera makan memang zero! Rasa tekak memang tak boleh nak telan ape-ape selagi tak selesai. Kalau waktu biasa-biasa, rasanya badan ni boleh toleransi lagi..hehe. Tapi kalau dalam tempoh ‘renovation’ (7 hari dalam sebulan tu), badan memerlukan lebih tenaga dan nutrisi tau! Makanya semalam terus pandanganku berbalam-balam dan kepeningan sepanjang hari.

Bukan tak selera makan langsung, cuma otak ni duk gatai fokus kat satu perkara je selagi perkara tu belum settle. Pagi ni ku paksa diri makan kuih cekodok pisang yang dibeli kat Petronas lepas hantar Hakim ke taska.. dan segelas Nescafe Hazelnut White Coffee kegemarang! Heheheh..

Sebelum-sebelum ni masa kerja di opis gah MEPM tu, pernah je terjadi. Beberapa kali gak kot! Tapi Alhamdulillah mama hakim jumpa penyelesaian. Sebelum ke opis, teguk je segelas ESP Shaklee yang di ‘shake’ bersama MILO. Buat sejup-sejup guna air dalam peti ais..wallahhh! hahahhaa..memang cergas bertenaga la pastu. Confirm lupa pasal bab makanan sampai la kerja yang dibuat selesai!


ENERGIZING SOY PROTEIN


Tetapi, baru-baru ni pulak stok ESP Shaklee mama hakim abis. Almaklum, tengah promosi hebat dan ligat skang ni. Semua orang amik kesempatan nak simpan stok untuk bulan puasa nanti. Lepas ni mesti makin ramai Supermak dan Superwoman yang mampu menguruskan hal di pejabat, hal anak-anak dan suami dengan lebih baik.!! Yang dah cuba sahaja yang tahu betapa bestnya ESP Shaklee ni.

Tak kenal maka tak cinta..kan.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

1 komen:

LydSunshine said...

patut la org yg amik esp ni boleh kurus ye. Sbb dia mengenyangkan ye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger