Pembaca Blog Setia

Monday, 27 August 2012

BONDA + KELUARGA BESAR..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
Selamat memulakan tugas harian semua. Hari ni kebanyakan daripada kita dah pun mula bekerja. Alhamdulillah, list to do for today tak panjang berjela J

 
Raya tahun ni mama hakim beraya di umah mertua di Gemenceheh. Sebelum balik ke kampong pada ari sabtu, jumaat malam tu lepas Incik Joni balik dari terawih kami balik ke umah mama hakim yang jarak nyer hanya 15 minit je dari USJ J Mujur sempat jumpa adik-adik kesayangan dan bonda terchenta. Satu-satu nyer kakak mama hakim beraya di Johor tahun ni, dia dah pun sampai ke umah mertua dia di sana malam tu so tak sempat nak jumpa pun.


Takmo bebel panjang-panjang, mama hakim cuma nak simpan gamba bonda dan adik kembar kesayangan kat blog J Adik kembar ni yang bongsu dalam keluarga besar kami, yang ke 10 & 11. Skang kat UiTM Melaka, part 5 rase nyer J


Gamba kembar beraya tahun ni J


 
Bersama bonda terchenta yang keja pada ari raya pertama.


 
Tak nampak muka bonda? Ni gamba bersama adik yang ke 9, atas kembar.

 
Kan mama hakim penah bagitau kami ramai J tapi masih tak sempat nak bergambar semua sekali. Gamba kembar tu pun sedut dari facebook je.


 
Gamba terakhir ni pun masa raya pertama tahun 2009.
Bonda keja so kami ramai-ramai pegi bermaafan kat tempat kerja bonda.
Tiga orang pompuan takde dalam gamba.
 
Sedikit sebanyak yang mama hakim bole share pasal keluarga besar mama hakim J Itu baru yang pompuan, mama hakim ade tiga orang abang lagi tau. Walaupun kami ramai, tapi masing-masing ade personality dan karakter sendiri. Bila dah kawen dan bekerja ni, masing-masing terikat ngan tanggungjawab. Tapi jauh di sudut hati kecil mama hakim berharap sangat kami dapat berkumpul tak kira la di hari raya ataupun hari biasa.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger