Pembaca Blog Setia

Tuesday, 9 October 2012

TERKENANG PADA SI DIA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Ohhoiii.. Rindu nyer nak membebel kat sini..! Sibuk sangat tu takdelah tapi my long-leave-lady boss (ade ke istilah camtu?) dah mula bekerja dah setelah berehat sejak bulan Februari atas sebab-sebab kesihatan..!

 

Banyak nyer yang nak dibebelkan sampai tak tau mane nak mula.. Puas otak menapis satu persatu cerita yang tersimpan. Tapi hari ni walaupun mata dah takleh beza ngan mata panda, ada tersimpan perasaan teruja sebab dapat email ni J Agak-agak sampai ari ni ke esok? Yang penting dia sampai sementara Incik Joni ada kat umah ni, jadi ade yang akan menyambut nyer kan..hihi. Hari khamis Incik Joni dah ke Pulau Pinang pulak..!
 

 

Semalam Incik Joni ke Kepulauan Borneo, tinggallah mama hakim dua beranak kat umah. Lepas amik Hakim dari umah pengasuh petang semalam, memang dah perasan hidung Hakim berair. Biasalah budak-budak kalau dah bermain bersama mestila berjangkit, kan.. Terus bagi Hakim Scots Emulsion..! Tapi petang tu jugak Hakim minum air Milo kotak yang sejuk..huhu. Salah sendiri, dah tau nampak hakim macam tu bole lagi bagi dia minum air sejuk..! Malam nyer Hakim dah start batuk-batuk. Dia dah tunjuk gaya tak sehat, tak bape aktif..

 

Sebelum tido dah sapu minyak angin tapi pagi tu pukul 3 lebih, Hakim dah terjaga sebab hidung tersumbat. Sian dia..! Mama hakim sapu lagi minyak kat dada dia. Hakim mintak susu, tapi lepas minum dia batuk-batuk dan termuntah. Alahai anak mama, kesian sangat tengok Hakim macamtu. Lepas bersihkan dia, bagi ubat batuk Hurix, lagi sekali sapu minyak dan tidurkan dia. Alhamdulillah, Hakim tak demam.

 

Pagi ni Hakim bangun masih lagi batuk-batuk dan dan selsema teruk. Mama hakim suap dia Scots Emulsion sebelum anta ke umah pengasuh. Ntah ape la yang Hakim buat sekarang. Jangan dia meragam sudah lah. Budak-budak kan, kalau rasa tak selesa bukan tau nak bagitau.. Kita yang dewasa ni pun kalau batuk dan selsema mesti dah merungut..huhu.

 
Tetiba tak sabar nak tunggu pukul 5..!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Thursday, 4 October 2012

TERPEDAYA AKHIR NYER..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Kegilaan online shopping sudah kembali. Apatah lagi bila terpedaya dengan kejelitaan orang lain memakai nyer, jari jemari laju-laju je taip Poplook kat Google..hihihi. Ni sume mekchu punye pasal lah ni. Chekpid lak elok je komen cakap dah hangkut 3 pasang. Oh ade sorang lagi mrspuex yang dah selamat bersalin pun penah menggayakan baju Poplook masa mengandung.. Jadi rase nyer, memang patutlah mama hakim ni menjeles kan..?

 

Bila mama hakim tunjuk kat member opis, cepat je mulut dia cakap ‘cari baju untuk raya Haji ke?’. Uiishh.. Bagus betul alasan tu kan..! Penat je otak mama hakim yang agak slow ni memikirkan alasan untuk membeli tadi. Ape lagi, terus browse dan klik segala dress dan maxi. Ini antara pilihan untuk Raya Haji ye J
 


 
Suka nyer kaler ijau ni, jap pikir tudung..hhmm.


 

Biru gelap ke turquoise ni pun ok gak.

 
 

Last pilihan yang warna purple grey kate nyer.

 

Mana satu idaman qalbu ni? Ikutkan napsu ish ish ishh.. Tak bagus tu. Amik satu je la dulu. Tetiba klik kat Rompers plak.. Aduiyai ade hati si rendang ni nak berompers bagai..hihi!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

Wednesday, 3 October 2012

DAH SAMPAI LAHHH..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Yang di tunggu-tunggu dah pun tiba. Dah selamat sampai jam 12.20 tadi. Bila front desk call cakap ada parcel untuk mama hakim, dalam hati dah berbunga riang..!

 
 
Sebelum di buka..
 

 



Jeng…jeng…jeng..!

 




Intai-intai dulu..
 

 



Yang di nanti-nanti..
 

 



Nudetude Eyeshadow Pallette..
 

 
 

Sekali lagi terima kasih pada desperate mama..! Cute kan? Sila lah menjeles..hihi! Sayang pulak nak guna rasa nyer.. Lenkali buat lagi ye, mama hakim pasti akan join J



Sampai jumpa lagi..wassalam.

WORDLESS WEDNESDAY..! #03102012

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Amacam? Ada gaya seorang rider tak?
 

 
Mata kecik menahan cahaya matahari,
berair sebab baru lepas menanges kena marah.
 
 
 

Kena marah sebab takmo dengar cakap,
berlari ke sana ke mari di celah-celah orang ramai.
 
 
 
p/s : Terima kasih kepada empunya motor besar ni..

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger