Ohhoiii.. Rindu nyer nak membebel kat sini..! Sibuk sangat tu
takdelah tapi my long-leave-lady boss (ade ke istilah camtu?) dah mula bekerja
dah setelah berehat sejak bulan Februari atas sebab-sebab kesihatan..!
Banyak nyer yang nak dibebelkan sampai tak tau mane nak mula..
Puas otak menapis satu persatu cerita yang tersimpan. Tapi hari ni walaupun
mata dah takleh beza ngan mata panda, ada tersimpan perasaan teruja sebab dapat
email ni J Agak-agak sampai ari ni ke esok? Yang penting dia sampai
sementara Incik Joni ada kat umah ni, jadi ade yang akan menyambut nyer
kan..hihi. Hari khamis Incik Joni dah ke Pulau Pinang pulak..!
Semalam Incik Joni ke Kepulauan Borneo, tinggallah mama hakim
dua beranak kat umah. Lepas amik Hakim dari umah pengasuh petang semalam,
memang dah perasan hidung Hakim berair. Biasalah budak-budak kalau dah bermain
bersama mestila berjangkit, kan.. Terus bagi Hakim Scots Emulsion..! Tapi
petang tu jugak Hakim minum air Milo kotak yang sejuk..huhu. Salah sendiri, dah
tau nampak hakim macam tu bole lagi bagi dia minum air sejuk..! Malam nyer
Hakim dah start batuk-batuk. Dia dah tunjuk gaya tak sehat, tak bape aktif..
Sebelum tido dah sapu minyak angin tapi pagi tu pukul 3 lebih,
Hakim dah terjaga sebab hidung tersumbat. Sian dia..! Mama hakim sapu lagi
minyak kat dada dia. Hakim mintak susu, tapi lepas minum dia batuk-batuk dan
termuntah. Alahai anak mama, kesian sangat tengok Hakim macamtu. Lepas
bersihkan dia, bagi ubat batuk Hurix, lagi sekali sapu minyak dan tidurkan dia.
Alhamdulillah, Hakim tak demam.
Pagi ni Hakim bangun masih lagi batuk-batuk dan dan selsema
teruk. Mama hakim suap dia Scots Emulsion sebelum anta ke umah pengasuh. Ntah
ape la yang Hakim buat sekarang. Jangan dia meragam sudah lah. Budak-budak kan,
kalau rasa tak selesa bukan tau nak bagitau.. Kita yang dewasa ni pun kalau
batuk dan selsema mesti dah merungut..huhu.
Tetiba tak sabar nak tunggu pukul 5..!
Sampai jumpa lagi..wassalam.
4 komen:
cepatlah hakim sembuh hendaknya yer...
ha..tinggal berdua dgn hakim jerr? jaga diri ^_^
Wahida,
Thanx for the doa :-)
CM,
Baikk che'gu..!
Post a Comment