Pembaca Blog Setia

Wednesday, 5 September 2012

ONLINE SHOPPING..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



Cuba kabarkan kat mama hakim ni, perempuan mana yang tak suka shopping? Perempuan mana yang tak suka Sale? Diskaun sana sini? 50% 70%..! Takde kan? Kan? Kalau ade pun bole dibilang dengan sebelah tangan mama hakim ni je. Perempuan dan naluri membeli sangatlah akrab dan rapat. Naluri je tau, bukan nafsu!

 

Ahahaha.. Ni nama nyer entry menyokong tindakan diri sendiri yang tersangatlah suka shopping. Tapi sejak lahir nyer Azizul Hakim ni peluang untuk pergi membeli dan belah sangatlah terhad kepada hari-hari tertentu saje. Kesukaran mengawal anak kecil berusia 2 tahun ke bawah sambil mata dan hati nak membelek dan membelai baju atau kasut satu persatu memang lah tak dapat dilaksanakan dengan lancar nyer!

 

Maka apabila tercipta nyer perkataan Online Shopping ni, laju-laju je jari kontot mama hakim menekan dan meng’klik’ segala jenis web dan page kat Facebook. Cuma masih lagi tak sehebat shopping sendiri sebab tak dapat nak belai-belai dulu barang yang nak dibeli. Tapi pastikan akaun kat cimbclicks ke maybank2u ke penuh dan berisi J

 

Yang terbaru, semalam mama hakim baru je dapat bungkusan dari Kidz Apparels. Shopping untuk baju Hakim amatlah mudah dengan Facebook..hihi. Macam-macam page ade tau. Banyak gak baju Hakim yang dibeli online, cantik dan selesa. Tipu la kalau cakap mama hakim tak penah ‘terkena’ kan, macam material tak sesuai (tebal), saiz gedabak, cutting baju tak cantik. Ade la sekali dua. Tapi yang lain sume ok.


 

Kidz Apparel ni baju dia cantik-cantik tau! Packaging pun nampak menarik.
Kain nyer lembut dan serap peluh.




Mama hakim beli baju tido, so mestila yang selesa dan tak panas.
Hakim pun dah tak saba nak pakai semalam.
 

 

Sekarang ni diorang tengah celebrate First Year Anniversary so memang ade diskaun dan free gift. Mama hakim pun dapat satu charm bracelet yang sweet ni J


 


Kalau nak tau lebih lanjut, jengoklah FB page Kidz Apparels sendiri. Kalau tak dapat klik link ni search je kat Facebook okeh!

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

5 komen:

YaYaNsMuM a.k.a YM said...

skrg ni mudah, semuanya d hujung jari kan?:-)

mamavogue said...

YM,
lame dah tak gi ATM. Tadi gi kuarkan duit tetiba ehh! duit dah menyusut lah!..hehehe

IntaNBerliaN said...

on9 shopping ni mmg mudahkan.. xyah penat2 kita nak berjalan.. :-)

mamavogue said...

IntanBerlian,
Betul sgt lah tu..hihi

Chekpid said...

singgah sini cari link shop online tu...tgh dilanda malez nak keluar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger