Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Alamat : Jalan Tropika Barat 2, Taman Prima Tropika, 43300 Seri
Kembangan
Buka : 9.30 pagi hingga 6.00 petang (tutup setiap hari Selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah)
Harga Tiket : RM30.00 dewasa
RM25.00 kanak-kanak (bawah
90cm tiada caj)
Tapi ade family pakej gak, lebih murah la.. RM99.00 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.
Entry ni walaupun dah basi sangat, mesti gak letak dalam
blog..hihi. Sebagai rujukan di masa depan jugak dan kenangan Hakim main ngan
haiwan-haiwan jinak kat sini. Mama hakim pegi sana dua kali dah..hihi. So gambar-gambar memang HASIL GABUNGAN PEGI DUA KALI tu..! Sebab tu nampak baju lain-lain..hahaha.
Kawasannya tak la besar sangat tapi penuh dengan haiwan yang
bole berkeliaran kesana kemari. Kecuali untuk haiwan seperti landak, ular dan
buaya of kos kena duk dalam kurungan kan..!
Ada gak sangkar besar untuk segala jenis burung dari yang bole
terbang sampaila yang tak bole terbang. Tapi burung unta takde ekk..
Kawasan yang kat bawah ni macam ade parit keliling tempat arnab. Kat parit tu
ada ikan-ikan kecil yang bole ditangkap untuk tujuan suka-suka. Tangkap lepas
pastu tangkap lagi..hihi. Siap ade baldi kecik dan jaring disediakan. Hakim
paling lama kat area ni, berpeluh ketiak mama nak ajak dia gi tempat lain..!
Tengokla budak yang tak tau takut ni, selamba dia gi dekat kat
kambing tu. Siap ade buat bunyi ‘mehh, mehh’ (bunyi kambing Diego la tu..!)
Yang lain-lain tengok gambo ye, mama hakim dah tak larat nak
explain..hahaha. First time mama hakim pegi dengan keluarga mertua masa cuti Tahun Baru China. Kebetulan diorang
datang sini nak gi i-City. So sebelum balik ke Tampin, ajak diorang datang sini
dulu. Yang kali kedua mama hakim pegi tiga beranak je, hujung bulan Mac ari tu.
Landak yang sangat besar! Nyorok je duk dalam tu.
Ssshhh..! Musang ‘Swipper’ tengah tido..!
Bagi makan kat marmoset. Kuaci tu punye la kecik!
Babah yang sangat berani..hiiii
Sila gelakkan aksi mak dan anak itu hahahaha
Kesimpulannya.. Echehh! Macam karangan pulak! Tempat ni memang
best terutama untuk menghiburkan hati anak-anak dalam masa yang sama kenalkan
diorang dengan haiwan secara lebih dekat. Pegi zoo pun bole je tapi haiwannya
jauhhh nun seberang kandang. Kadang-kadang tak nampak pun. Tapi kat sini takde
la haiwan besa gedabak macam badak, gajah dan yang garang macam harimau tu. Kat
sini semua yang comel-comel je (kecuali landak! Haha..)
Silalah pergi beramai-ramai ye..hihihi. Promosi tak berbayar nih!
Sampai jumpa lagi..wassalam.
6 komen:
waa bestnyer suasana kat sini macaam kat lost world Petting Zoo...nanti boleh la bawak anak2 saya jugak...
wahh...seronok nie...bleh bawak yayan pegi..hehehe
excited hakim dpt tengok haiwan pelik2. ;)
wah wah wah...syok....dayah tak pnh pi la... *tak tau pun wujud tempat nih...hehehehe...
nak kena try pergi nih...
mmg nice sharing lah..!
:)
bestnya, nice sharing. bole plan nnti :-)
Amboi, sampai 2x pergi sana tue
Post a Comment