Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..
Korang ingat lagi tak lagu Bangau oh
Bangau? Meh nak nyanyi skit ye..hihi
‘Bangau oh Bangau
Mengapa engkau kurus
Bagaimana aku tak kurus
Ikan tak mau timbul’
Kesian kan kan bangau ni. Masalah
dia adalah ikan tak timbul dipermukaan air, maka dia hanya fokus pada masalah. Dia
sanggup berlapar sehingga kurus kering menunggu ikan timbul. Malah bangau
meletakkan kesalahan kepada ikan – kerana ikan tak timbul maka dia kelaparan
dan kurus.
Bangau dianugerahkan Allah dengan
sayap dan berkeupayaan bebas bergerak terbang ke tempat lain. Mengapa tidak si
Bangau menyelesaikan masalahnya dengan bergerak mencari ikan dari tasik lain? Jika
diteruskan lagu Bangau oh Bangau ini, memang tak habis-habis menyalahkan orang
atau benda lain.
Itulah yang terjadi kepada kita jika
hanya fokus pada masalah. Apabila kita terlampau memandang berat terhadap
masalah yang menimpa, secara tidak langsung kita menutup pintu dan mata hati
kita untuk melihat kepada cara penyelesaian masalah. Menyalahkan keadaan atau
orang sekeliling memburukkan lagi masalah yang sedia ada.
Wahai si Bangau, sedarkah kamu akan
kaki dan sayapmu yng hebat? Yang membolehkan kamu bergerak dan terbang bebas
mencari sumber makanan. Sedarkah kamu mempunyai leher yang panjang? Yang
membolehkan kamu menyelam mencari ikan di dalam air. Mengapa di tunggu ikan
terhidang di depan mata? Mengapa tidak kamu menggunakan segala potensi dirimu
untuk mencari ikan yang terbaik buat mengisi perutmu?
Sayang sekali si Bangau. Hanya kerana
tersalah fokus maka kamu lebih senang menyalahkan ikan dan membiarkan dirimu
kurus dan kelaparan. Sedangkan kamu mempunyai segalanya untuk mengubah keadaan
dirimu.
“FOKUS PADA KELEBIHAN DIRI KITA,
Sampai jumpa lagi..wassalam.
1 komen:
Betul-betul. setuju. Dulu saya mcm tu la. Bila ada masalah sibuk dok kaji punca la, siapa yg salah la. Bukan cuba nak selesaikan masalah tu. Ish2. Sekarang dah cerdik skit la. Heheh.
Post a Comment