Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Baru-baru ni, ada seorang kawan mama
hakim yang tengah sarat mengandung. Dia asek mengadu yang tekanan darah dia
tinggi sangat. Even doctor cek waktu dia bertenang pun masih 140/110. Bayangkan
lah betapa tinggi nya bp dia, terus kena tahan wad. Mama hakim tanya, ape lagi
masalah dia selain tu, dia jawab kaki dia dah bengkak dan susah nak berjalan dan
ada sedikit protein dalam air kencing. Alahai.. kesian sangat mama hakim
dengar. Balik umah terus mama hakim google pasal ni. Ye la kan mana lah tahu
kot-kot ada yang boleh dibantu untuk kurangkan kesakitan dia.
Mama hakim jumpa pasal PRAEKLAMPSIA.
Nak tahu apa tu? Praeklampsia adalah keadaan yang dicetuskan oleh kehamilan,
dan ianya boleh berlaku pada peringkat kedua kehamilan. Ia bercirikan tekanan
darah yang tinggi, bengkak yang berlaku secara tiba-tiba dan kenaikan berat
badan yang cepat disebabkan pengumpulan air dalam tubuh dan protein dalam air
kencing. Oleh kerana ia mengurangkan aliran darah ke plasenta, praeklampsia
boelh membahayakan bayi dalam kandungan. Ia boleh menyekat tumbesaran bayi
kerana oksigen dan nutrisi penting yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.
Antara risiko menghidapi
praeklampsia ini adalah jika ibu hamil berusia 40 tahun dan keatas, berat badan
yang berlebihan ketika hamil, mempunyai masalah kesihatan yang kronik yang
boleh menjejaskan system darah (tekanan darah tinggi, LUPUS, masalah ginjal,
diabetes) dan jika ibu hamil mempunyai sejarah keluarga yang mengalami
praeklampsia. Jika ibu hamil pernah menghidap praeklampsia pada kehamilan pertama,
20% daripadanya akan menghidapinya pada kehamilan seterusnya.
Yang paling merisaukan mama hakim
ialah, tiada rawatan pencegahan yang pasti untuk praeklampsia ini. Cara terbaik
untuk memastikan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan adalah dengan memenuhi
temujanji antenatal dengan kerap. Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah
boleh memastikan ibu dan bayi tidak terancam serta dalam keadaan yang baik.
Ada bukti-bukti yang menyatakan
dengan pengambilan KALSIUM yang mencukupi sebelum dan semasa kehamilan dapat
mencegah dan mengawal praeklampsia ini. Jika tekanan darah tiba-tiba naik, ibu
hamil dinasihatkan supaya banyak berehat, baring dengan sisi kiri supaya
membantu aliran darah ke plasenta atau duduk dengan posisi tegak.
Cuba dapatkan nasihat dan rawatan doctor
kalau-kalau ade ibu-ibu hamil kat sini yang rasa ada tanda-tanda macam
praeklampsia ni ye. Kalau tetiba rasa tekanan darah tinggi melambung, serah
diri je ke hospital berhampiran. Mencegah itu kan lebih baik.
Jadi, ibu ibu hamil ni jangan culas
makan ubat/vitamin/supplement seperti yang dinasihatkan oleh doctor ye. Kalau
sungguh sangat tak bole telan pun, mama hakim teringat petua dari seorang mama
blogger. Katanya ‘cucuk pil tu dalam pisang yang dipotong kecil dan telan’.
Insya Allah demi anak dalam kandungan dan juga diri sendiri, kan..hihi
Sumber : BabyCentre
Sampai jumpa lagi..wassalam
1 komen:
ooo.. first time tau psl penyakit ni. kira mcm penyakit keturunan jgk ye. thanks ye share,.
Post a Comment