Pembaca Blog Setia

Monday, 14 April 2014

Celoteh Di Pagi Isnin..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Salam pagi Isnin semua..! Rutin seorang suri rumah zaman sekarang ni rasanya sama je dengan yang bekerja di pejabat, kan. Mama hakim baru lepas anta anakanda Azizul Hakim ke taska. Cukup la 2 bulan si chentahati tu duduk ngan mama kat rumah sejak mama hakim resign awal bulan 10 tahun lepas. Lepas tu mama hakim decide nak carikan dia taska supaya dia lebih ramai kawan dan dapat belajar setiap hari. Bukan lah sebab mama hakim tak bole mengajar dia di rumah, banyak je bahan pembelajaran dan  buku-buku untuk Hakim, TETAPI biasalah manja si anak kalau dengan mama sendiri..hihi. Baru abis menulis/mewarna satu mukasurat, dah cakap ‘hakim nenat(penat) la mama’..hahaha.

Anak bujang ku yang seorang ni memang masih pelat. Tapi mulutnya becok mengalahkan orang yang fluent. Jenuh mama dia yang agak selow ni nak menangkap maksud cerita dia selalunya.. Terutama balik dari taska, macam bertih jagung dia bercerita tentang kawan, makan, main dan cikgu/teacher. Nama kawan yang dia selalu sebut antaranya Amir, Amin dan Ziyyad. Alhamdulillah..lega hati ni sangat-sangat tau. Hakim jugak dah kelihatan agak berisi selepas 3 bulan ni. Dia mesti cerita apa yang dia makan, lauk ape, sayur dengan ayam atau ikan, nasi atau mee, suap sendiri atau disuapkan cikgu. Ya Allah, moga Hakim benar-benar gembira kat situ.

Perbualan setiap hari ahad sekarang ni,
Hakim : mama pegi la siap
Mama : nak bersiap ke mana?
Hakim : akim nak gi sekola ni
Mama : (ohh nak suh anta dia ke sekola rupanyer) tapi hari ni ahad, sekolah takde
Hakim : ohh..sekola takde

Bukan sekali je, kang lepas sejam dia tanya lagi..hahaha. Punya la suka nak ke sekolah. Pagi ni, macam biasa excited sangat dah. Cepat je mandi dan bersiap ambil beg.

Jadi, sekarang masanya mama hakim masuk ‘office’ pulak. WAHM katanyer bukan lah sekadar suri rumah biasa tetapi suri rumah luar biasa yang menjana wang dari rumah J



Sampai jumpa lagi..wassalam.

1 komen:

LydSunshine said...

bagusnya hakim rajin pegi skolah. masksudnya skolah tu bagus la sbb dia excited kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger