Pembaca Blog Setia

Friday, 4 July 2014

Pengalaman Berpuasa Dengan Budak Bijak Berumur 4 Tahun

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Pejam celik dah masuk hari keenam kita berpuasa kan. Sekejapan je rasanya. Tahun ni mama hakim berpuasa berdua ngan Azizul Hakim (yang bermaksud mama hakim sorang la ni..wuwuu) memandangkan Incik Joni terpaksa bekerja di perantauan..hihi. Alaa bukan pertama kali cenggini pun.. cuma first time tak beraya bersama nanti.

Memandangkan si budak bijak ni dah besar, dah ada banyak soalan memang agak mencabar berpuasa dan bersahur dengan dia saja..hihi. Hari pertama bersahur, Azizul Hakim dengan muka pelik tarik mama hakim dari dapur suh masuk bilik. Salah sendiri le sebab bila Hakim tanya ‘mama buat apa ni?’ Mama hakim jawab ‘mama nak makan nasik jap’. Haa..memang tak masuk akal la bagi dia nak makan kul 4 pagi kan. Sudahnya ku makan nasi dalam bilik duk sebelah dia..huhuhuuu.

Mujurnya sahur yang kedua, Hakim lena. Mama hakim bangun secara perlahan dan senyap-senyap je ke dapur. Pagi sahur yang ketiga, mama hakim bangun awal skit, kul 3 pagi. Masa mama hakim duduk mengambil semangat nak turun katil, Hakim terjaga. Alamaks! Terus keluar soalan penuh prihatin ‘mama kenapa? Mama sakit kepala ye?’ Alahai sayang mama ni, concern sangat kan. Cair hati mama tau. So mama hakim terus jawab ‘tak sayang, mama bangun nak semayang jap. Nak buat kerja’. Sekali lagi dia bersuara ‘ok mama’ dan sambung tido..fuhh! Lega.

Dan hari-hari seterusnya itulah jawapan mama hakim kalau si chentahati terjaga.

Masa berpuasa di siang hari pulak, jenuh juga mengelak suapan dari Hakim. Hakim kan suka mengunyah, kejap-kejap kunyah Oreo, kejap-kejap kunyah Chipsmore. Sebagai anak sayang sayangkan mama dia ni, rajin benor dia ajak kongsi sama biskut dia tu. Siap nak suapkan ke mulut. Bila mama hakim cakap ‘mama tak boleh makan la sayang, mama puasa’ terus keluar soalan lagi ‘mama pose? Kenapa? Mama pose taknak makan ye?’ Mujurnya selepas tu dah ke taska jadi kurang la masa nak menjawab soalan puasa dari Hakim..hihihi.

Nak buat cane kan, memang si chentahati tengah dalam proses membesar. Semua ni sebahagian dari perkembangan dia.. Peringkat umur macam dia ni memang ada 1001 persoalan kan. Jadi, jawab je la dengan jawapan yang penuh berhemah..hihi



Sampai jumpa lagi..wassalam.

1 komen:

Chic Na said...

sweetnya hero mama tu.. dah boleh diharap jaga mama tau..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger