Pembaca Blog Setia

Thursday, 10 July 2014

Benarkah Supplemen Shaklee Tak Boleh Diambil Ketika Period?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Memang ramai yang bertanya pasal ni, sebab nya mama hakim pun tak tahu. Mungkin juga ada sesetengah jamu atau ubat tradisional memang tak boleh diambil ketika sedang period. Tapi mama hakim bukan nak cerita pasal jamu atau ubat tradisional yang lain, mama hakim cuma nak tekankan kat sini yang semua supplemen Shaklee BOLEH diambil setiap masa malah ketika period sekali pun.

Sebenarnya, pengambilan nutrisi yang betul ADALAH SANGAT PENTING masa period tau. Sebab ketika ini kebanyakan dari kita kehilangan darah dan mengalami ketidakstabilan hormon. Pasal tu la kadang-kadang kita akan jadi agak pemarah dan cepat letih, sebab hormon yang tak seimbang.

Sebagai contoh, semasa period mama hakim akan wajibkan diri ambil B Complex, Vitalea, Vitamin C, GLA Complex dan Ostematrix. Memang ini vitamin wajib mama hakim pun terutama Vitamin C, memang wajib makan hari-hari. Nampak macam banyak kan, tapi memang ini lah keperluannya. Kalau tak mama hakim akan mengalami kekejangan terutama kat perut, pening dan mual, sakit kepala dan sakit pinggang.

Bila dah sakit macam tu, macam mana kita nak tunaikan segala tanggungjawab dengan baik, kan. Mama hakim ni sejak jadi mak memang tak mampu nak jatuh sakit layan moody lama-lama tau.. Sayang je terbazir masa berharga dengan si anak. Jadi sebab tu lah kena ikhtiar cari penyelesaian supaya badan sentiasa sihat dan bertenaga.



Sampai jumpa lagi..wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger