Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..
Secara jujurnya kan kita yang dah
jadi mak mak ni mesti ada sebut beberapa perkara yang kita TAK MAHU LAKUKAN
atau TAK MAHU TERJADI pada anak kita
SEBELUM kita ada anak. Topik ni mama hakim dapat dari blog Humbledhomemaker.com
tau. Bila baca perbincangan mak mak pasal benda ni memang terasa hati
sangat..haha. Sebab bila dah ada anak, kita pulak buat dan alami perkara yang
kita taknak sebelum tu.
Yang PERTAMA, dalam otak dah siap-siap
set kan nak diaper free si anak bila
berumur 2 tahun. Dah takmo fikir pasal duit beli pampers lagi kan. TETAPI,
Azizul Hakim dah berumur 4 tahun dan masih nak memakai pampers..haha. Bukan dia tak paham dan bukan mama tak ajar tapi
alasan dia ‘takmo pegi toilet’. Adeh!
Yang KEDUA, sekali lagi dah set kan
yang bila si anak berumur setahun nanti akan diasingkan tidur. Ye la bawah
setahun kan masih kecil dan menyusu sepenuhnya. Konon-konon lah..hihi. Macam la
si anak tu robot yang boleh diprogramkan ikut kehenadak hati mak ayah kan..
Yang KETIGA, akan pastikan si anak
MAKAN HANYA DI MEJA MAKAN. Bukan kat tempat dia bermain, bukan atas katil atau
dalam kereta. Tapi sekarang ni tiap kali mama hakim kemas mainan anak, wajib
bawak kain lembab (ke lembap?) sekali untuk lap kesan coklat, biskut atau air
yang melekit-lekit. Dalam kereta? Penuh dengan habuk biskut ataupun plastik makanan
dan minuman. Adeh lagi sekali!
Yang KEEMPAT, bila tengok anak orang
lain yang berlari berguling main kat shopping
mall terus pegang perut (masa tu tengah pregnant) siap pesan kat baby dalam
tu jangan ikut perangai abang akak tu ye. TAPI, bila mama hakim berduaan
shopping ngan Azizul Hakim, dia siap bukak kasut kat luar kedai, main
celah-celah baju atau teraburkan susunan kasut. Hahahha..yang ni memang kena
ketawa kuat sikit (ketawakan diri sendiri)
Actually list mama hakim memang panjang sangat tau! Nak bagi anak duduk dalam car seat sepanjang masa memandu, nak bagi anak makanan yang sihat aje, takmo marah-marah sambil tinggikan suara kat anak, takmo membebel and the list go on and on..hihi.
Mama hakim pasti banyak lagi yang
mak mak lain pernah fikirkan untuk anak masing-masing dan semuanya pasti nak
yang terbaik. Tapi kita bukan lah seorang yang sempurna kan. Baik pada mata kita
tak semesti baik pada pandangan orang lain. Dan anak-anak tak dilahirkan
bersama dengan manual atau guide book.
Setiap seorang adalah unik dan lain. Dan setiap seorang ‘mengajar’ kita sesuatu
yang baru setiap hari.
Ada tak mommies yang nak share
perkara yang kita kata kita takkan lakukan bila dah jadi mak tapi akhirnya kita
buat jugak?
Sampai jumpa lagi..wassalam.
3 komen:
saya prnah terpikir xnk bg ank2 mkn benda merapu2 mcm cklat n sewaktu dgnnya... tapi xmenjadi la plak.. haihhh..
anak kita bukan anak patung yg boleh dikawal2..lainlah kalau dia duk umah ke kan tanpa melihat dunia luar..boleh la kita tak kasi makan itu ini..huhu
pendek kata, saya pon sama..bab marah tu ha..dahlepas marah baru rasa nyesal..
part makan kat meja makan tu dah fa1led dah saya. sbb d1a bukan dok d1am pon tme makan.
pastu konon nak ajar d1a tak takut dgn org. tap1 1ngat benda tu bleh ajar2 ke. masa kec1k n1 d1a 1kut ang1n d1a je.
Post a Comment