Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Memula
dengar pasal OMEGA ni, mama hakim terus teringat pesakit jantung.. Ntah kenapa
ntah..! Sebab yang mama hakim tau OMEGA ni boleh membantu menurunkan paras
kolesterol. Jadi bagi menambah ilmu di dada, mama hakim merajinkan diri buat
reseach yang lebih mendalam.. Rajin sangat..! Ye la supaya tak salah anggap
lagi. Dan supaya mama hakim sendiri lebih jelas dengan ape menda lah OMEGA ni
kan..
Lagi
satu, bila sebut pasal DHA, EPA dan ALA je mama hakim teringat kat iklan susu
formula yang melambak kat tibi tu. Semua pun mesti bagitau yang susu tu
mengandungi segala khasiat AAA tuh.. Jom jom sebelum mama hakim duk merepek
teringat teringat lagi meh kita baca fakta sebenar pasal OMEGA,
DHA, EPA dan ALA ni ye.. Meh mama hakim kongsi ape yang
mama hakim dapat.
Omega 3 Fatty Acids
Secara
asas nyer Omega 3 ni satu keperluan untuk badan kita berfungsi secara normal.
Badan kita pulak tak bole menghasilkan sendiri Omega
3
ni, dah tak bole nak tukar antara ALA kepada EPA dan DHA jadi, sangat-sangat
perlu lah kita dapatkan Omega dari diet seharian kita.
EPA
dan DHA bole didapati dalam sesetengah ikan
dan ALA pulak dari tumbuhan.
Menurut pakar, EPA dan DHA ada banyak kelebihan manakala ALA pulak bertindak
sebagai perangsang kepada EPA dan DHA dan juga sumber tenaga
kepada badan.
Antara
kebaikan OMEGA ni pulak, membantu menyingkirkan lemak dalam darah.
Lemak-lemak ni la yang terbentuk kat dinding arteri dan seterus nyer menghalang
perjalanan darah yang lancar. Lagi satu, EPA dan DHA ni membantu mengurangkan
kesakitan pada sendi. Ada jugak research yang cakap OMEGA ni
membantu mengurangkan tekanan. So sapa-sapa yang
keja nyer memang stress, sesuai sangat amik supplement minyak ikan. Ataupun
time lunch tu gi makan ikan-ikan yang ada OMEGA yang tinggi ~ salmon, tenggiri,
sardine, tuna.
Yang
paling best, OMEGA adalah supplement yang penting untuk pregnant
mommies J Satu, sebab
sebagai sumber tenaga dan tahap kesihatan
mommies yang baik. Dua, membantu perkembangan otak dan
penglihatan bayi dalam kandungan J
Selain
yang kat atas tu, OMEGA pun baik untuk memperbaiki fungsi paru-paru terutama
untuk mereka yang ade Asthma. Dan
lagi, jika kita mengamalkan OMEGA ni bole elakkan kita dari penyakit nyanyuk
dan pelupa.
Lenkali
mama hakim share pasal beza Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 plak ye.. Kang
keboringan plak baca karangan panjang-panjang nih..
Klik SINI untuk tawaran hebat di bulan Februari okeh..!
Sampai
jumpa lagi..wassalam.
Disclaimer : Penafian ini berkaitan
blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organic dan produk
Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca
tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan
Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak
boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah
sebarang penyakit.
Maklumat di dalam blog/laman web ini
tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor
mahupun di anggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka
mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan
doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.
10 komen:
tq sharing ini mama hakim.:)
Mama Rey,
sama sama :)
cikna yg belajar food tech ni pun tak tau sgt details pasal tu. hikhik.. really good info. :)
Mama Vogue kira ilmiah jugak la bila dgr omega teringat kat pesakit jantung. Saya masa baca tajuk entry ni tadi terus terbayangkan jam tangan omega. Terus teringat kat ziana zain.
info yg bagus ni !
Tq sharing dear :D
Chic Na,
rajin baca buku okeh..! hahahaha..
Lyd,
Omega dan Ziana Zain? hihihi
KA,
:)
Ratu Hatiku,
sama-sama :)
Post a Comment