Pembaca Blog Setia

Monday, 4 February 2013

SESI ICE BREAKING BERSAMA OMEGA..!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 
 
Memula dengar pasal OMEGA ni, mama hakim terus teringat pesakit jantung.. Ntah kenapa ntah..! Sebab yang mama hakim tau OMEGA ni boleh membantu menurunkan paras kolesterol. Jadi bagi menambah ilmu di dada, mama hakim merajinkan diri buat reseach yang lebih mendalam.. Rajin sangat..! Ye la supaya tak salah anggap lagi. Dan supaya mama hakim sendiri lebih jelas dengan ape menda lah OMEGA ni kan..

 

Lagi satu, bila sebut pasal DHA, EPA dan ALA je mama hakim teringat kat iklan susu formula yang melambak kat tibi tu. Semua pun mesti bagitau yang susu tu mengandungi segala khasiat AAA tuh.. Jom jom sebelum mama hakim duk merepek teringat teringat lagi meh kita baca fakta sebenar pasal OMEGA, DHA, EPA dan ALA ni ye.. Meh mama hakim kongsi ape yang mama hakim dapat.

 

Omega 3 Fatty Acids

Secara asas nyer Omega 3 ni satu keperluan untuk badan kita berfungsi secara normal. Badan kita pulak tak bole menghasilkan sendiri Omega 3 ni, dah tak bole nak tukar antara ALA kepada EPA dan DHA jadi, sangat-sangat perlu lah kita dapatkan Omega dari diet seharian kita.

 

EPA dan DHA bole didapati dalam sesetengah ikan dan ALA pulak dari tumbuhan. Menurut pakar, EPA dan DHA ada banyak kelebihan manakala ALA pulak bertindak sebagai perangsang kepada EPA dan DHA dan juga sumber tenaga kepada badan.

 

Antara kebaikan OMEGA ni pulak, membantu menyingkirkan lemak dalam darah. Lemak-lemak ni la yang terbentuk kat dinding arteri dan seterus nyer menghalang perjalanan darah yang lancar. Lagi satu, EPA dan DHA ni membantu mengurangkan kesakitan pada sendi. Ada jugak research yang cakap OMEGA ni membantu mengurangkan tekanan. So sapa-sapa yang keja nyer memang stress, sesuai sangat amik supplement minyak ikan. Ataupun time lunch tu gi makan ikan-ikan yang ada OMEGA yang tinggi ~ salmon, tenggiri, sardine, tuna.

 

Yang paling best, OMEGA adalah supplement yang penting untuk pregnant mommies J Satu, sebab sebagai sumber tenaga dan tahap kesihatan mommies yang baik. Dua, membantu perkembangan otak dan penglihatan bayi dalam kandungan J

 

Selain yang kat atas tu, OMEGA pun baik untuk memperbaiki fungsi paru-paru terutama untuk mereka yang ade Asthma. Dan lagi, jika kita mengamalkan OMEGA ni bole elakkan kita dari penyakit nyanyuk dan pelupa.

 

Lenkali mama hakim share pasal beza Omega 3, Omega 6 dan Omega 9 plak ye.. Kang keboringan plak baca karangan panjang-panjang nih..
 
Klik SINI untuk tawaran hebat di bulan Februari okeh..!

 


 

Sampai jumpa lagi..wassalam.
 
Disclaimer : Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organic dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat di dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun di anggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.
 

10 komen:

Unknown said...

tq sharing ini mama hakim.:)

Unknown said...

Mama Rey,
sama sama :)

Chic Na said...

cikna yg belajar food tech ni pun tak tau sgt details pasal tu. hikhik.. really good info. :)

LydSunshine said...

Mama Vogue kira ilmiah jugak la bila dgr omega teringat kat pesakit jantung. Saya masa baca tajuk entry ni tadi terus terbayangkan jam tangan omega. Terus teringat kat ziana zain.

Anonymous said...

info yg bagus ni !

Ratu Hatiku said...

Tq sharing dear :D

Unknown said...

Chic Na,
rajin baca buku okeh..! hahahaha..

Unknown said...

Lyd,
Omega dan Ziana Zain? hihihi

Unknown said...

KA,
:)

Unknown said...

Ratu Hatiku,
sama-sama :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger