Pembaca Blog Setia

Wednesday, 2 April 2014

Diet Atkins Membantu Mendapatkan Berat Badan Ideal

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


Biasa dengar tak pasal Diet Atkins? Famous tau menda ni skang.. Ramai di Antara kawan-kawan mama hakim yang mengamalkan Diet Atkins nih dan ramai juga Antara mereka yang dah pun mendapat keputusan yang memuaskan hati masing-masing. Ada yang masih belum tahu pasal Diet Atkins ni? Meh mama hakim story kat sini ye. Buat rujukan di masa depan juga..hihi

Mengikut web Atkins.com, ia adalah satu program diet rendah karbohidrat yang membantu menurunkan berat badan dengan cepat, efektif, memuaskan dan seimbang berdasarkan kepada kajian saintifik ke atas tubuh badan. Diet Atkins dicipta untuk ‘menukarkan suis metabolisma badan’ daripada ‘membakar karbohidrat’ kepada ‘membakar lemak’. Diet Atkins terbahagi kepada 4 fasa yang mana meningkatkan pengambilan karbohidrat mengikut fasa. Pelan pemakanannya akan membuatkan seseorang mampu menyeimbangkan pengambilan karbohidrat yang ideal mengikut pengurusan berat badan masing-masing.

Pengamal diet ini digalakkan mengambil makanan yang sihat, protein, sayur-sayuran berserat tinggi, buah-buahan rendah indeks glycemic dan lemak (seperti avocado dan minyak zaitun). Diet Atkins mempunyai pelan pemakanan yang berbagai-bagai jenis. Semasa fasa induksi, fokus adalah kepada pengambilan protein dan lemak yang secukupnya dan sayur-sayuran yang membantu dalam proses membakar lemak.

Pengambilan karbohidrat bagi pengamal Diet Atkins adalah tidak lebih dari 20gram sehari. Seseorang itu boleh duduk di dalam fasa induksi sehingga mendapat berat yang diidamkan asalkan saja tekanan darah dan paras gula tetap stabil dan badan terasa lebih bertenaga serta emosi yang stabil.

Jadi, diet ini membantu kita menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam menu harian. Malah senarai resepi juga disediakan bagi yang benar-benar serius. Bagi mama hakim, semua ini terpulang kepada semangat dan konsistensi masing-masing dalam menjayakan program diet. Jangan lupa juga minum air masak yang mencukupi dan senaman ringkas. Selain bentuk badan yang cantik, kita juga akan bertambah sihat dan bertenaga.

Sumber : Atkins.com



Sampai jumpa lagi..wassalam.

2 komen:

Izwa Kamaruddin said...

good entry

LydSunshine said...

penah buat tak makan nasik sebelum kawen dulu. mmg menjadi diet ni. Ingat nak buat lagi la. Mama Hakim tgh berdiet atkins jgk ke skrg?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger