Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Biasa dengar tak pasal Diet Atkins?
Famous tau menda ni skang.. Ramai di Antara kawan-kawan mama hakim yang
mengamalkan Diet Atkins nih dan ramai juga Antara mereka yang dah pun mendapat
keputusan yang memuaskan hati masing-masing. Ada yang masih belum tahu pasal
Diet Atkins ni? Meh mama hakim story kat sini ye. Buat rujukan di masa depan
juga..hihi
Mengikut web Atkins.com, ia adalah
satu program diet rendah karbohidrat yang membantu menurunkan berat badan
dengan cepat, efektif, memuaskan dan seimbang berdasarkan kepada kajian
saintifik ke atas tubuh badan. Diet Atkins dicipta untuk ‘menukarkan suis metabolisma
badan’ daripada ‘membakar karbohidrat’ kepada ‘membakar lemak’. Diet Atkins
terbahagi kepada 4 fasa yang mana meningkatkan pengambilan karbohidrat mengikut
fasa. Pelan pemakanannya akan membuatkan seseorang mampu menyeimbangkan
pengambilan karbohidrat yang ideal mengikut pengurusan berat badan
masing-masing.
Pengamal diet ini digalakkan
mengambil makanan yang sihat, protein, sayur-sayuran berserat tinggi, buah-buahan
rendah indeks glycemic dan lemak (seperti avocado dan minyak zaitun). Diet
Atkins mempunyai pelan pemakanan yang berbagai-bagai jenis. Semasa fasa
induksi, fokus adalah kepada pengambilan protein dan lemak yang secukupnya dan
sayur-sayuran yang membantu dalam proses membakar lemak.
Pengambilan karbohidrat bagi
pengamal Diet Atkins adalah tidak lebih dari 20gram sehari. Seseorang itu boleh
duduk di dalam fasa induksi sehingga mendapat berat yang diidamkan asalkan saja
tekanan darah dan paras gula tetap stabil dan badan terasa lebih bertenaga
serta emosi yang stabil.
Jadi, diet ini membantu kita
menurunkan berat badan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam menu
harian. Malah senarai resepi juga disediakan bagi yang benar-benar serius. Bagi
mama hakim, semua ini terpulang kepada semangat dan konsistensi masing-masing
dalam menjayakan program diet. Jangan lupa juga minum air masak yang mencukupi
dan senaman ringkas. Selain bentuk badan yang cantik, kita juga akan bertambah
sihat dan bertenaga.
Sumber : Atkins.com
Sampai jumpa lagi..wassalam.
2 komen:
good entry
penah buat tak makan nasik sebelum kawen dulu. mmg menjadi diet ni. Ingat nak buat lagi la. Mama Hakim tgh berdiet atkins jgk ke skrg?
Post a Comment