Pembaca Blog Setia

Sunday, 20 April 2014

Tips Elak Sembelit Ketika Dalam Pantang

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Masalah biasa ketika dalam pantang, adalah kesukaran membuang sisa-sisa toksin atau lebih senang disebut sebagai sembelit..hehe. Mama hakim tau, mesti ramai yang pernah mengalami sembelit walaupun semasa bukan dalam tempoh berpantang selepas bersalin, kan.. Sila mengaku pada diri sendiri..

Antara sebab utama sembelit ketika dalam pantang ni adalah pengambilan makanan dan minuman yang sangat terhad. Mak mak dalam pantang mane boleh sesuka hati nak sebat je kan. Wajiblah mengawal napsu yang satu itu..hihi. Maka, apabila tiba masa nak singkirkan hampas-hampas mula la segala perasaan ngeri dan takut semua muncul.

Cara paling mudah untuk mengatasi masalah sembelit ni dah tentulah banyakkan makanan serat. Contoh yang mak dalam pantang bole makan adalah oat, sayuran hijau dan buah-buahan yang bukan dalam golongan ‘sejuk’ atau ‘panas’. Kang kesian pulak baby kembung atau ceri beri. Antara makanan tinggi serat seperti yang mama hakim kongsikan kat gambar ni, tanya encik google je.


MAKANAN ELAK SEMBELIT


MAKANAN ELAK SEMBELIT


Serat ni rupanyer ade 2 jenis, satu yang jenis larut dalam air dan satu lagi jenis yang tidak larut dalam air. Dalam ertikata lain, serat larut air (soluble fibre) membantu meningkatkan bakteria baik dalam system penghadaman. Serat tidak larut air (insoluble fibre) berfungsi sebagai julap semulajadi yang meningkatkan proses penyingkiran dan mencegah sembelit. Kebaikan serat ni termasuklah menyingkirkan sisa dan kotoran dalam usus, mengekalkan kelembapan dalam usus (supaya sisa tak keras), dan membantu meningkatkan pergerakan usus ketika proses membuang berlaku (jadi, takde la lama sangat betapa dalam toilet)

Set bersalin atau berpantang juga memainkan peranan penting untuk mengelakkan sembelit ni. Seharusnya set yang diamalkan tidak menyebabkan sisa toksin yang nak dibuang tidak keras dan kesat. Pengambilan air yang mencukupi juga membantu mengelakkan perkara ini dari berlaku. Tapi ada juga amalan lama yang mengatakan tidak elok minum air banyak ketika berpantang takut kembang dan sejuk..huhuhu. Minum sedikit-sedikit dan kerap adalah lebih baik dari terus teguk setengah liter tau..

Kesihatan usus ni memang sangat penting untuk dijaga agar kesemua sisa toksin dan hampas dapat disingkirkan dari badan dengan jayanya. Badan pun akan terasa lebih ringan dan sihat. Segala macam nutrisi dan vitamin juga dapat menyerap dengan lebih baik bila sisa-sisa ni dah disingkirkan. Makanya, proses membuang takdelah menjadi mimpi ngeri lagi buat mak-mak yang dalam pantang.

Moga perkongsian mama hakim ni dapat memberi manafaat kepada semua. Gambar-gambar tu semua ihsan encik Google je. Dan sumber rujukan DISINI.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

6 komen:

Unknown said...

thanks for the info :)
http://eykabaha.blogspot.com/ :)

fuza said...

Done follow no 145
Dari segmen Mialiana

Mia Kassim said...

Salam singgah dan follow dari segmen Mialiana :D

Nani said...

bagus tu ,berkongsi maklumat utk semua...saya dulu dlm pantang tak sembelit, sembelit waktu mengandung sampai nangis2...

LydSunshine said...

dulu masa berpantang, bukan boleh makan buah. mak tak bagi. nanti anak kembung. pastu bila sembelit, gi beli la ubat sembelit yg warna kuning2 tu. Okay la mmg cirit lepas tu. hehehe.

PetakBunga said...

Dah 9buln bersalin..kdg2 ada lg sembelit.
oh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger