Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh..
Masalah biasa ketika dalam pantang,
adalah kesukaran membuang sisa-sisa toksin atau lebih senang disebut sebagai
sembelit..hehe. Mama hakim tau, mesti ramai yang pernah mengalami sembelit
walaupun semasa bukan dalam tempoh berpantang selepas bersalin, kan.. Sila
mengaku pada diri sendiri..
Antara sebab utama sembelit ketika
dalam pantang ni adalah pengambilan makanan dan minuman yang sangat terhad. Mak
mak dalam pantang mane boleh sesuka hati nak sebat je kan. Wajiblah mengawal
napsu yang satu itu..hihi. Maka, apabila tiba masa nak singkirkan hampas-hampas
mula la segala perasaan ngeri dan takut semua muncul.
Cara paling mudah untuk mengatasi
masalah sembelit ni dah tentulah banyakkan makanan serat. Contoh yang mak dalam
pantang bole makan adalah oat, sayuran hijau dan buah-buahan yang bukan dalam
golongan ‘sejuk’ atau ‘panas’. Kang kesian pulak baby kembung atau ceri beri.
Antara makanan tinggi serat seperti yang mama hakim kongsikan kat gambar ni,
tanya encik google je.
Serat ni rupanyer ade 2 jenis, satu
yang jenis larut dalam air dan satu lagi jenis yang tidak larut dalam air.
Dalam ertikata lain, serat larut air (soluble
fibre) membantu meningkatkan bakteria baik dalam system penghadaman. Serat
tidak larut air (insoluble fibre)
berfungsi sebagai julap semulajadi yang meningkatkan proses penyingkiran dan
mencegah sembelit. Kebaikan serat ni termasuklah menyingkirkan sisa dan kotoran
dalam usus, mengekalkan kelembapan dalam usus (supaya sisa tak keras), dan
membantu meningkatkan pergerakan usus ketika proses membuang berlaku (jadi,
takde la lama sangat betapa dalam toilet)
Set bersalin atau berpantang juga
memainkan peranan penting untuk mengelakkan sembelit ni. Seharusnya set yang
diamalkan tidak menyebabkan sisa toksin yang nak dibuang tidak keras dan kesat.
Pengambilan air yang mencukupi juga membantu mengelakkan perkara ini dari
berlaku. Tapi ada juga amalan lama yang mengatakan tidak elok minum air banyak
ketika berpantang takut kembang dan sejuk..huhuhu. Minum sedikit-sedikit dan
kerap adalah lebih baik dari terus teguk setengah liter tau..
Kesihatan usus ni memang sangat
penting untuk dijaga agar kesemua sisa toksin dan hampas dapat disingkirkan
dari badan dengan jayanya. Badan pun akan terasa lebih ringan dan sihat. Segala
macam nutrisi dan vitamin juga dapat menyerap dengan lebih baik bila sisa-sisa
ni dah disingkirkan. Makanya, proses membuang takdelah menjadi mimpi ngeri lagi
buat mak-mak yang dalam pantang.
Moga perkongsian mama hakim ni dapat
memberi manafaat kepada semua. Gambar-gambar tu semua ihsan encik Google je. Dan sumber rujukan DISINI.
Sampai jumpa lagi..wassalam.
6 komen:
thanks for the info :)
http://eykabaha.blogspot.com/ :)
Done follow no 145
Dari segmen Mialiana
Salam singgah dan follow dari segmen Mialiana :D
bagus tu ,berkongsi maklumat utk semua...saya dulu dlm pantang tak sembelit, sembelit waktu mengandung sampai nangis2...
dulu masa berpantang, bukan boleh makan buah. mak tak bagi. nanti anak kembung. pastu bila sembelit, gi beli la ubat sembelit yg warna kuning2 tu. Okay la mmg cirit lepas tu. hehehe.
Dah 9buln bersalin..kdg2 ada lg sembelit.
oh
Post a Comment