Assalamualaikum warahmatullahi
wabarakatuh
Dah tak lama lagi kita nak menyambut
Ramadhan Al Mubarak kan. Bulan mulia yang dinanti-nantikan oleh semua umat
Islam. Bulan yang mana setiap amalan mendapat pahala yang berganda tau. Ramai
yang mengambil kesempatan menambah amalan dan mengumpul pahala di bulan
Ramadhan ni. Antaranya kita bole perbanyakkan berdoa dan berzikir.
Berdoa dan meminta adalah dua
perkara yang berbeza. Dengan berdoa, kita merayu, merintih dan memohon pada
Allah s.w.t. tetapi dengan meminta, kita seolah-olah memaksa dan tergesa-gesa.
Mama hakim nak kongsikan syarat-syarat berdoa kepada Allah s.w.t. agar menjadi
panduan dan bermanafaat buat kita semua.
Yang pertama, pastikan kita dalam
keadaan suci dan berwudhu’ dan dalam keadaan menutup aurat. Adalah lebih afdal
jika kita menghadap ke kiblat ketika berdoa. Berdoalah dalam keadaan yang
khusyuk dan tawaduk, memohon dengan tenang dan tidak tergesa-gesa.
Mulailah setiap doa dengan
puji-pujian terhadap Allah s.w.t. dan kemudian berselawat ke atas Nabi Muhammad
s.a.w. Selepas itu berdoalah dengan penuh pengharapan dan yakin bahawa doa
tersebut akan dikabulkan. Akhiri doa dengan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
sekali lagi. Jika berdoa dalam Bahasa arab, adalah sebaik-baiknya kita
mengetahui isi dan makna di sebalik doa tersebut.
Moga perkongsian ini dapat memberi
manafaat pada semua. Perkara baik wajibla dikongsi, kan..!