Pembaca Blog Setia

Monday 18 March 2013

Cara Mudah Minum Air Masak Yang Mencukupi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Ramai orang yang susah minum air kosong kan..? Lagi-lagi nak minum 2 ke 3 liter sehari, bole lemas dibuatnya..!! Haha.. Sebenar nyer banyak cara yang bole dibuat supaya daily plain water intake kita cukup. Meh mama hakim share beberapa cara..

DAILY WATER INTAKE


First, sediakan botol/bekas air yang comel je. Takyah besar sangat, 350ml punya dah cukup. Cuba abiskan 350ml ni dalam sejam. Pastu tambah lagi. Pastu minum lagi.. Kalau kita kerja 8 jam, tak ke dah hampir 3 liter kita minum?

Yang kedua, ikut waktu solat 5 waktu. Sebelum solat minum segelas 250ml, selepas solat lagi sekali 250ml. So kalau ikutkan 5 waktu, kita dah minum lebih kurang 2.5 liter air.. kan kan..!


DAILY WATER INTAKE


Yang ketiga, dari mula-mula bangun tido. Minum segelas 250ml. Sebelum keluar umah gi keja lagi segelas 250ml. Sebelum mula kerja sekali lagi minum segelas dan sebelum keluar lunch lagi segelas. Lepas tu sebelum balik, minum lagi segelas 250ml. Haa dah 2.5 liter akhirnya kan..

Yang keempat, perah sedikit limau nipis atau lemon dalam air masak. Rasanya memang agak masam-masam sikit tapi sedap! Selain boleh membantu kita minum air masak, boleh juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan terutama jika diminum awal pagi ketika perut kosong.

Yang kelima, yang agak comel skit..hihi. Gunakan botol yang ada straw. Sedut air melalui penyedut minuman sangatla memudahkan kita untuk minum air. Tapi jangan ngelat tau, gunakan botol tersebut hanya untuk air masak sahaja.

Mula-mula memang agak susah, tapi kalau tak cuba lagi kita rasa susah. Yang kat atas tu cuma cadangan je, bole la disesuaikan ikut masa korang. Nanti lama-lama mesti akan jadi kebiasaan. Biasanya, tak sampai seminggu badan kita akan serasi dengan pengambilan air masak dan kurang la lawatan ke tandas selepas tu.

Mama hakim ikut yang mana? Yang nombor 1 dan 4 tu..hihi. Selamat mencuba okeh..!


Sampai jumpa lagi..wassalam.

11 komen:

babYpose said...

Alhamdulillah, nanti nak cuba yg no.1 tu, :) salam kenal :)

Chic Na said...

good tips! cikna mmg liat nk minum air masak. hehe..

Ina Haireina said...

wah.. bagus tips ni.. saya pun susah nak minum air..

thanks share tips ni.. nanti nak prektikkan.. hehehe..

Unknown said...

babYpose,
salam kenal jugak :)
Sila la cuba..hihi

Unknown said...

Chic Na,
haipp..! memang nak kena ni..!
Sila cuba petua ni ye :)

Unknown said...

Ina Haireina,
Nyusukan anak lagi kena minum banyak air tau :)
Sila praktikkan ye..

Unknown said...

ayu,

aku lg byk minum air.. lg byk kali aku berulang ke toilet..

tak tahan woo.. dh laa duk dlm bilik sejuk beku ni hari2..

(~_~)

EjamOthman said...

memang bagus amalan minum air kosong ni, badan lebih sihat berbanding kerap minum air manis.
saya pun dh jadikan amalan minum air kosong ni.

Elya Roza said...

gud info ni sis..
ramai antara kawan2 kite rkat luar..kadang2 mls nak minum air..sebb derang kata mls nk pi toilet tuk kencingg..huhuh

Qhaifa Nur said...

cadangan yang bagus...
yang pasti banyak minum, selalu masuk toilet he..he..

y i e n said...

bagus tips ni.. sy ni mmg jenis yg payah nak minum air, nak2 pulak air masak, haish~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger