Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Ramai orang yang susah minum air kosong kan..? Lagi-lagi nak
minum 2 ke 3 liter sehari, bole lemas dibuatnya..!! Haha.. Sebenar nyer banyak
cara yang bole dibuat supaya daily plain water intake kita cukup. Meh mama
hakim share beberapa cara..
First, sediakan botol/bekas air yang comel je. Takyah besar
sangat, 350ml punya dah cukup. Cuba abiskan 350ml ni dalam sejam. Pastu tambah
lagi. Pastu minum lagi.. Kalau kita kerja 8 jam, tak ke dah hampir 3 liter kita
minum?
Yang kedua, ikut waktu solat 5 waktu. Sebelum solat minum
segelas 250ml, selepas solat lagi sekali 250ml. So kalau ikutkan 5 waktu, kita
dah minum lebih kurang 2.5 liter air.. kan kan..!
Yang ketiga, dari mula-mula bangun tido. Minum segelas 250ml.
Sebelum keluar umah gi keja lagi segelas 250ml. Sebelum mula kerja sekali lagi
minum segelas dan sebelum keluar lunch lagi segelas. Lepas tu sebelum balik,
minum lagi segelas 250ml. Haa dah 2.5 liter akhirnya kan..
Yang keempat, perah sedikit limau nipis atau lemon dalam air masak. Rasanya memang agak masam-masam sikit tapi sedap! Selain boleh membantu kita minum air masak, boleh juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan terutama jika diminum awal pagi ketika perut kosong.
Yang kelima, yang agak comel skit..hihi. Gunakan botol yang ada straw. Sedut air melalui penyedut minuman sangatla memudahkan kita untuk minum air. Tapi jangan ngelat tau, gunakan botol tersebut hanya untuk air masak sahaja.
Yang keempat, perah sedikit limau nipis atau lemon dalam air masak. Rasanya memang agak masam-masam sikit tapi sedap! Selain boleh membantu kita minum air masak, boleh juga membantu menyingkirkan toksin dalam badan terutama jika diminum awal pagi ketika perut kosong.
Yang kelima, yang agak comel skit..hihi. Gunakan botol yang ada straw. Sedut air melalui penyedut minuman sangatla memudahkan kita untuk minum air. Tapi jangan ngelat tau, gunakan botol tersebut hanya untuk air masak sahaja.
Mula-mula memang agak susah, tapi kalau tak cuba lagi kita rasa
susah. Yang kat atas tu cuma cadangan je, bole la disesuaikan ikut masa korang.
Nanti lama-lama mesti akan jadi kebiasaan. Biasanya, tak sampai seminggu badan kita akan serasi dengan pengambilan air masak dan kurang la lawatan ke tandas selepas tu.
Mama hakim ikut yang mana? Yang nombor 1 dan 4 tu..hihi. Selamat mencuba okeh..!
Sampai jumpa lagi..wassalam.
11 komen:
Alhamdulillah, nanti nak cuba yg no.1 tu, :) salam kenal :)
good tips! cikna mmg liat nk minum air masak. hehe..
wah.. bagus tips ni.. saya pun susah nak minum air..
thanks share tips ni.. nanti nak prektikkan.. hehehe..
babYpose,
salam kenal jugak :)
Sila la cuba..hihi
Chic Na,
haipp..! memang nak kena ni..!
Sila cuba petua ni ye :)
Ina Haireina,
Nyusukan anak lagi kena minum banyak air tau :)
Sila praktikkan ye..
ayu,
aku lg byk minum air.. lg byk kali aku berulang ke toilet..
tak tahan woo.. dh laa duk dlm bilik sejuk beku ni hari2..
(~_~)
memang bagus amalan minum air kosong ni, badan lebih sihat berbanding kerap minum air manis.
saya pun dh jadikan amalan minum air kosong ni.
gud info ni sis..
ramai antara kawan2 kite rkat luar..kadang2 mls nak minum air..sebb derang kata mls nk pi toilet tuk kencingg..huhuh
cadangan yang bagus...
yang pasti banyak minum, selalu masuk toilet he..he..
bagus tips ni.. sy ni mmg jenis yg payah nak minum air, nak2 pulak air masak, haish~~
Post a Comment