Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Entry hari Selasa yang agak syahdu..
Mungkin sebab dah bergelar mak mak ni kan, mudah benor hati
tersentuh bila ada kisah pasal anak-anak kecil. Dulu mama hakim penah
mengalirkan airmata pasal seorang hero kecil yang kuat semangat, Ahmad Dhani Aryan. First time bercakap dengan ibu Aryan, Yayansmum ni airmata meleleh tanpa
dapat ditahan. Entah ape nak cakap ntah pasal perasaan waktu tu.
Then lepas tu, mama hakim berkenalan dengan Ina, ibu Intan Nur Maisarah. Sebab kami bersembang melalui whatsapp, takde la dia tau kan air mata
ni laju je turun..!
Maka benarlah janji Allah s.w.t bahawa Dia takkan memberi dugaan
melebihi keupayaan hamba Nya. Sebab tu bukan mama hakim yang di duga sebegini.
Allah Maha Mengetahui yang mama hakim tak sekuat supermommy yang lain. Hanya
insan terpilih yang melaluinya. Insan terpilih yang kuat dan kental hatinya..
Ok mama hakim takmo taip banyak-banyak lagi. Kang terbengkak lak
mata ni kang.. Cuma mama hakim ada satu permintaan buat yang baca entry ni.
Mohon doakan kesejahteraan kanak-kanak yang hebat ni.
Buat adik Intan Nur Maisarah, semoga awak sembuh dan membesar
sihat dan sempurna.
Awak memang seorang yang kuat semangat.
Insya Allah membesar
menjadi anak solehah penghibur hati ibu dan ayah..
Sampai jumpa lagi..wassalam.
1 komen:
insya Allah..
Post a Comment