Pembaca Blog Setia

Friday 8 March 2013

KISAH WANITA ITU..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
 
 
Dia rasa nyawa dah melayang masa doktor sahkan perkara tu.
Ya, dia mengandung..! Dah 10 minggu..!
Mana mungkin..!
Sebab dia dalam proses penceraian dengan si suami.
Dia tau diorang mesti tengah gelakkan dia.
Diorang mesti duk mengata kat belakang dia.
Biarlah.. nak buat macam mane, mulut orang bukan mulut tempayan yang bole ditutup ketat-ketat.
Diorang akan stop ketawa bila tau malaikat melaknat isteri yang menolak permintaan suami.
Walaupun dia dalam proses penceraian, tapi dia masih suami isteri.
Suami masih ada hak ke atasnya selagi talak tidak dilafazkan.
 
 
Berita itu hanya disambut hambar bila dikabarkan pada si suami.
Ketara sangat si suami pun tak mengharap.
Saat hati si suami diikat rapi oleh perempuan lain.
Dan dia ditinggalkan sendirian menghadapi segala pahit manis mengandung.
Biarlah dia sendirian daripada dituduh mengada-ngada.
Bila muntah dikatanya di buat-buat. Bila teringin makan dikatanya melebih-lebih.
Jadi biarlah dia sendirian menanggung dan melayani kehendak tekak.
Tapi Allah Maha Adil mengirimkan seorang sahabat yang memahami.
Yang curi-curi menemani dan menghantarkan makanan.
Kerana dia tau si suami tak suka dia berkawan dan tak suka kawan-kawan dia.

 


Tapi dia pun bukanlah seorang yang kuat semangat.
Bila bersendirian, mula la syaitan merasuk fikiran..!
Mahu digugurkan sahaja kandungan itu.
Bila memandu sengaja kereta dilajukan agar terjadi sesuatu pada dia.
Bila di rumah dia duduk termenung di dapur memandang sepi pisau-pisau yang ada.
Sehingga dia terlupa Allah Maha Penyayang. Tempat mengadu yang paling tepat.
Tapi dia alpa dan membiarkan diri dikuasai syaitan..!
 


Akhirnya sahabat mendaftarkan dia ke sebuah klinik psikiatri.
Walaupun bagi dia doktor tak membantu langsung tapi sekurang-kurangnya ada orang yang boleh dengar luahan perasaan.
Hanya ubat yang dibekalkan sebagai penenang.
Dan semua ini tanpa pengetahuan si suami yang masih lena dibuai cinta perempuan lain.
Dia stress.
Dia murung.
Dan dia tak mampu buat apa-apa.
 


Apalah daya seorang wanita yang sarat mengandung 7 bulan.
Yang ditinggalkan sendirian tanpa sokongan.
Kegembiraan yang patut dikongsi bersama.
Dirampas oleh perempuan lain.
Dia tak tau sampai bila.
Dia tak tau samada dia masih boleh bertahan.
Dan dia hanya berserah pada Nya.
 
 
 
Doakan wanita itu mampu bertahan, diberi kekuatan dan ketabahan
 
Dilindungi dan dirahmati Allah s.w.t

 
 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

5 komen:

Chic Na said...

kisah benar ke ni dear? pity her.

Unknown said...

As salam Raha,

Kesiannya... Dlm dunia ni mcm2 cerita yg kita dgr... mcm drama pun ada... moga sahabat tu tabah & kuat hatinya... org yg teraniaya makbul doanya... kita doa yg baik2 utk si dia... moga Allah ganti yg baik2 utk dia nnt...

Jujubabes said...

kesiannye ...semoga wanita itu terus tabah, dan semoga suami wanita itu terbuka hati utk kembali kepada wanita itu ..bersama sama menjaga zuriat mereka yg akan dilahirkan itu ..

Anonymous said...

saya ade sorang kawan baik..macam nilah.....kesian mngandung sorang2..smntara tunggu kes cerai..even after bb lahir pon...susah payah dia sorang2..dgn kes cerai tertangguh..kes nadfkah..hmmmm

LydSunshine said...

Sedihnya. Siapa la wanita yg diuji sampai mcm tu sekali tu yer. Harap2 dia tabah. Ada kenalan saya pun mcm tu. Tapi bila dah preknen, suami balik semula kepada dia,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger