Pembaca Blog Setia

Monday 18 March 2013

Senang Ke Nak Kurus Bersama Shaklee?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Sejak  join Shaklee ni, soalan paling kerap yang mama hakim dapat adalah pasal supplement nak kurus. Memang soalan paling hot berkali-kali..!


‘Eh Shaklee ade ubat untuk kurus tak?’
‘Shaklee ni selamat tak kalau nak turunkan berat?’
‘Makan Shaklee bole kurus cepat tak?’

Amboi amboi amboi.. Memang mama hakim akui ramai antara kita ni suka enjoy makanan yang menjadi kesukaan. Tapi biarlah berpada-pada. Dan jawapan kepada soalan-soalan kat atas tu akan mama hakim jawab dengan cara paling berhemah. Sebab kalau diorang amik Set Kurus Shaklee pastu badan tak kurus-kurus pun kan ke naya mama hakim jadi nyer..huu..


Bukan mudah sebenar nyer nak turunkan berat badan gitu-gitu je. Kalau ade pun produk yang menjanjikan dalam tempoh yang singkat, tetap tak baik untuk badan kita especially buah pinggang. Korang tau kan ape fungsi buah pinggang tu? Takde nyer Allah jadikan sesuatu itu secara sia-sia je.


Kalau boleh biarlah secara semulajadi, perlahan-lahan dan konsisten. Jangan la pulak ari ni timbang berat 65kg, dua minggu lagi dah nak 55kg..! Amboi..! Macam magik dah nih.. Biar perlahan tapi kesan nya berpanjangan.. Tapi ini semua sebenar nyer bergantung pada kadar metabolism badan seseorang. Ade je antara kawan-kawan mama hakim yang dapat turunkan berat dengan cepat (tapi bukan 10kg dalam dua minggu ekk) dalam masa sebulan dah turun 4kg. Best kan. Biar lambat asal selamat..hihi. Ada seribu makna pada peribahasa tu.


Lagi satu part yang paling penting dalam proses nak turunkan berat badan ni, memang dan wajib minum air kosong/air jarang/air masak/air putih sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter (kawan yang turun 4kg sebulan tu minum lebih 3 liter air sehari). Rasa macam lemas dah kan..? Tapi takde la sampai lemas kalau kita tau teknik yang betul untuk minum air bergelen-gelen gitu. Nanti mama hakim kongsikan beberapa petua okeh. Petua ni pun mama hakim dapat hasil daripada perbincangan kumpulan..!


Dan satu lagi part ni mama hakim tau paling ramai yang memang tak buat pun. Macam mane nak kurus cepat? Adoiii… Part exercise atau bahasa London nyer senaman. Takyah ler terus imagine suasana dalam gym, berlari atas treadmill ataupun berkayuh basikal yang tak bergerak tu. Buat senaman yang ringan dah cukup. Turun naik tangga, sit up ke, poco-poco ke.. 10 minit sehari dah cukup. Yang penting konsisten.


Memang Shaklee ada supplement yang bole membantu proses menurunkan berat badan, tapi dalam masa yang sama usaha kita sendiri pun penting jugak..kan!


Antara supplement Shaklee dalam set untuk kurus ;

1.    Alfafa

-      Membantu menyikirkan toksin dalam badan.

2.    Lecithin

-      Membantu memecahkan dan membakar lemak dan kolesterol

3.    Omegaguard

-      Omega 3 mempengaruhi hormone Leptin yang penting dalam pengawalan selera makan

4.    Herblax

-      Membantu membuang sisa-sisa toksik dan amat sesuai diambil jika mempunyai masalah pembuangan

5.    Vitalea

-      Meningkatkan metabolisma dan mempunyai Biotin yang membantu menghasilkan tenaga dari lemak dan protein.

So takyah dah mama hakim bebel panjang-panjang sampai juling biji mata nak membaca nyer kan. Jom kurus secara sihat, badan kita ni pinjaman je penting untuk kita jaga baik-baik.


Sampai jumpa lagi..wassalam.


Disclaimer : Penafian ini berkaitan blog/laman web milik penulis yang berkisar tentang pemakanan organic dan produk Shaklee. Penulis bukan doktor mahupun pakar perubatan dan penulis ingin pembaca tahu yang blog/laman web ini tidak pernah dinilai oleh Badan Pemakanan dan Dadah mana-mana negara. Produk yang disebut dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan untuk tujuan diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Maklumat di dalam blog/laman web ini tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan perubatan dan konsultasi doktor mahupun di anggap sebagai preskripsi. Sesiapa yang percaya bahawa mereka mengalami sebarang jenis penyakit atau masalah kesihatan, sila berjumpa dengan doktor untuk nasihat perubatan dan rawatan susulan.

6 komen:

Unknown said...

kita alah ngn alfafa..asl makan je pning + angin..teruk sangatttt..smpi serik dh nk mkn..

Hidayah said...

dayah dah byk kali fikir.. fikir fikir fikir tak sudah sudah nak beli shaklee nih...tapi tak beli beli jugak... hehe...

malas nak baca info pasal produk kesihatan..*cakap jujur nih..

;)

Unknown said...

MrS Fiza,
semua ni ikut badan jugak, kalau tak sesuai pun takleh nak dipakse :)

Unknown said...

Dayah,
akak salute awak :)
and thanks sbb jujur..hihi

Anonymous said...

yelah..macam saya pon susah sangat nak kuruss....timbang hari2 pon tetap macam tuh..tapi yang saya perasan, setiap produk msti advise minum air putih bnayk2....

Unknown said...

As salam mamavogue,

Well said! Pakailah product mahal & canggih mana pun tp kalau x exercise & jaga pemakanan mmg tak jalan... Ermmm... harap2 pas pantang leh kembali ke berat asal & muat semua baju balik...hikhik... sayang dgn baju :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger