Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Masalah anak sembelit
memang merunsingkan ibu ibu kan? Kesian sangat tengok anak terpaksa menahan
sakit setiap kali nak membuang. Ada yang menangis, ada yang sampai merah padam
muka menahan sakit sembelit. Ada juga anak-anak yang trauma tiap kali nak membuang,
takut sakit lagi.
Biasanya kan ibu ibu,
masalah anak sembelit ni berpunca dari pemakanan yang kurang seimbang. Ye la
mama hakim faham, kebanyakan ibu ibu sekarang ni bekerja dan tak pasti
bagaimana anak-anak makan di taska. Adakah cukup dengan serat dan protein atau
tidak, kita pun tak tahu.
Sumber : listentoyourgut.com |
Jadi, untuk
mengelakkan masalah anak sembelit ni berlarutan dan menjadi lebih teruk, apa
kata ibu ibu buat sesuatu bagi memastikan si anak mendapat khasiat yang
secukupnya. Mama hakim nak berkongsi idea ni supaya boleh jadi rujukan di masa
akan datang.
First of all, ibu ibu
boleh mula bagi buah-buahan yang banyak serat dan air pada waktu pagi sebelum
anak makan apa-apa. Contohnya tembikai merah dan betik. Potong kecil-kecil dan
letak dalam mangkuk, berikan kepada anak untuk dimakan sementara ibu bersiap. Untuk
anak yang dah ke sekolah, boleh la dibekalkan buah-buahan juga.
Kalau ada mesin
juicer, lagi best! Pagi-pagi, campurkan beberapa jenis buah untuk dibuat jus.
Yang ni mama hakim pasti anak-anak sukakannya. Dan ibu ibu pun boleh juga minum
bersama. Anak sihat, ibu pun senang hati..!
Yang seterusnya,
gantikan snek harian dengan buah-buahan kering seperti prun, apricot atau kiwi.
Haa.. buah-buah ni pun bagus untuk sistem penghadaman si manja tau. Selain kaya
dengan vitamin C untuk meningkatkan sistem imun jugak.
Sumber : Google |
Tapi ada satu perkara
yang perlu semua ibu ambil perhatian, iaitu air masak. Pastikan juga anak-anak
minum air masak yang mencukupi setiap hari. Selain bagus untuk penghadaman, air
juga perlu untuk mengganti kehilangan cecair dalam badan melalui peluh.
Akhir sekali, mama
hakim ada satu rahsia yang nak dikongsi untuk ibu ibu yang mahu memastikan
kesihatan sistem penghadaman si manja, selain menjadikan anak lebih aktif dan
meningkatkan selera makan. Klik kat SINI ye rahsia kita-kita aje tau..syyhhh!!
Sampai jumpa
lagi..wassalam.