Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Sebagai seorang
manusia kan, kita tak lari dari perasaan sedih, kecewa dan rasa patah hati.
Kadang-kadang perasaan tu berpunca dari seseorang atau sesuatu yang terjadi dan
kadang-kadang ianya berpunca dari diri sendiri. Memang tak salah merasa sedih
atau kecewa, cuma kalau boleh janganlah ia dibiarkan berlarutan pula..
Dalam keadaan yang
sedih, sebaiknya kita kembali kepada Yang Maha Pencipta. Jumaat lepas mama
hakim ada tengok rancangan Tanyalah Ustazah dan Ustazah Norhafizah cakap,
merayu dan mengadulah hanya pada Dia. Merintih dan menangis lah sekalipun,
Allah kan Yang Maha Mendengar dan Mengetahui.
Beberapa hari lepas
mama hakim berbicara dengan seseorang yang sedang rasa sedih. Sedaya upaya mama
hakim cuba naikkan kembali semangat dia sebab mama hakim tahu, dia memang
seorang yang sentiasa bersemangat dan ceria. Moga-moga keadaan dia bertambah
baik hari ini dan seterusnya.
Sumber : iluvislam.com |
Sebenarnya, ada
beberapa cara yang boleh kita lakukan bila kita rasa down dan sedih ni. Mama hakim nak kongsikan agar ianya memberi
manafaat kepada semua. Semoga kita kembali gembira dan bahagia, takmo bersedih
lama-lama.
Yang PERTAMA, cuba
bantu orang lain yang dalam kesusahan. Dengan membantu orang lain, hati kita
akan lebih bersyukur ‘Alhamdulillah, rupanya masalah kita takde lah seberat
mana nak dibandingkan dengan orang lain’. Bantu dengan cara memberikan idea
atau nasihat yang baik pun boleh. Kalau takde orang yang perlu dibantu disekeliling
kita, cari sampai jumpa. Zaman Google ni senang je kan?
Yang KEDUA, hubungi
mak ayah atau ahli keluarga kita. Bukan untuk mengadu masalah tapi cukuplah
sekadar mendengar berita tentang mereka. Tanya khabar mereka, tanya mereka
sedang buat apa. Kalau hubungi mak, tanya mak masak apa. Kadang-kadang
perbualan ringkas macam tu pun dah boleh
memujuk hati kita yang lara..
Yang KETIGA,
bersedekah terutama kepada kanak-kanak. Tak semestinya disini bersedekah duit
pada fakir miskin atau peminta sedekah di tepi jalan. Memberikan sesuatu pada
anak syurga kita pun boleh. Atau anak-anak jiran yang rapat. Senyuman tulus di
wajah mereka memang akan membuatkan kita pun sama gembira.
Sumber : hayyatalinsan.blogspot |
Cukuplah tiga cara
mudah menggembirakan hati sendiri ni kan? Lainkali mama hakim kongsikan cara
lain pulak. Tak susah sebenarnya nak hilangkan perasaan sedih tu, bantu dan
gembirakan orang lain maka insya Allah kita juga akan lebih gembira.
Korang ada cara yang
lain untuk merasa lebih bahagia? Meh la berkongsi dengan mama hakim.
Sampai jumpa
lagi..wassalam.
2 komen:
Azney pernah lalui, baru nie azney keguguran so untuk rasa hilang kesedihan tue azney banyak luangkan masa dengan suami. hehehe
Betul2 mamahakim. Semua yg awk listkan tu, betul2 mujarab. Semua saya lakukan kalau hati rasa runsing. Dan berkesan.
Post a Comment