Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Airmata mak mak mana
yang tak meleleh bila dengar lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal ni kan.
Lagi-lagi masa Separuh Akhir Muzik-Muzik hari tu. Sejujurnya mama hakim tak
tengok live pun.. Mama hakim tengok kat youtube je sebab kebetulan nak cari
lagu Terbang Tunduk.
Bila tertengok
rakaman Separuh Akhir Muzik-muzik tu, alahaiii.. sayunya hati sambil tengok si
anak kat sebelah. Rasanya semua orang yang mengenali Fynn Jamal mesti tahu
kisah anaknya yang pernah menjalani pembedahan besar satu ketika dulu. Dan
fikiran mama hakim pulak cepat je teringat kat seseorang yang juga mengalami
masalah yang hampir sama iaitu anak yang mengalami masalah jantung.
Sebagai mak, memang lah
kita sentiasa mahukan yang terbaik buat anak kan.. Apa saja yang kita buat,
semua teringat kat anak dulu..
Eh! Korang dah tengok
ke belum Fynn Jamal nyanyi live masa kat Separuh Akhir Muzik-muzik tu? Meh mama
hakim kongsikan kat sini. Selamat menghayati, selamat meleleh ayaq mata!
Sampai jumpa lagi..wassalam.