Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Salah satu dari dua
belas group Whatsapp yang mama hakim join adalah group mak-mak yang
membincangkan pasal perkembangan dan kesihatan anak. Perkara yang menarik minat
mama hakim ialah, dalam seminggu mesti ada 3 atau empat mak yang anak asyik
demam, muntah-muntah, ada yang cirit birit dan ada juga yang sampai kena tahan
duk kat wad. Anak asyik demam ni memang menjadi dilema kepada mak-mak yang
bekerja kan..
Sebenarnya Azizul
Hakim pun pernah menjadi salah seorang dari anak yang asyik demam, selsema dan
batuk ni. Azizul Hakim ni baby miracle. Anugerah Allah buat mama hakim dan suami.
Sepatutnya, sebelum mama hakim dijangka bersalin lagi doktor dah sibuk buat
persiapan dan booking inkubator. Tetapi Alhamdulillah, lahir je Azizul Hakim ke
dunia, dia sihat sempurna.
Disebabkan
keistimewaan tu, mama hakim cuba sedaya upaya beri dia susu badan, selama mana
yang dia mahukan. Dan Alhamdulillah, berjaya menyusukan dia sehingga umur 3
tahun. Walaupun dia demam, selsema namun takdelah seteruk mana sehingga
berlarutan atau pun ditahan wad.
Tetapi selepas dia
cerai susu badan, Hakim mula selalu batuk sampai muntah-muntah sehinggalah suatu
masa dia mula di serang semput. Mama hakim jadi takut nak bawak dia keluar ke
tempat yang ramai orang, sebab bila balik je dia akan demam dan batuk-batuk.
Sehingga Hakim berumur 4 tahun, hanya 2 kali kami pernah bawa dia ke kawasan
air terjun dan esoknya demam serta muntah. Lepas tu tak pernah lagi bawa dia ke
tempat mandi-manda lagi terutama taman tema.
Selepas mama hakim
kenal Shaklee, adalah juga mama hakim berikan Hakim Meal Shakes dan Vitamin C
Chew tapi takdelah secara konsisten. Namun bila tahap semput Hakim semakin
teruk sampaikan kena tahan wad pada bulan Mei 2014, mama hakim nekad tak mau
lagi perkara ni berulang. Tak sampai hati tengok dia dicucuk sana sini dan
terbaring lesu.
Mama hakim kembali
memberi Hakim Set Kanak-kanak Aktif dengan lebih konsisten. Apa yang adal dalam
set ini? Haa.. 3 jenis supplement yang sangat-sangat membantu mengekalkan
kesihatan Hakim. Meh mama hakim kenalkan dengan korang..
MEAL SHAKES - mengandungi nutrisi lengkap dengan 24 jenis vitamin, mineral dan zat serta asid amino yang mudah diserap oleh badan.
OMEGAGUARD - mengandungi DHA untuk keperluan perkembangan otak dan EPA yang membantu meningkatkan sistem imun serta anti keradangan.
VITAMIN C CHEW - membantu meningkatkan sistem imun dan meningkatkan interferon semulajadi tubuh badan.
Selepas konsisten
betul-betul dengan Set Kanak-kanak Aktif ni, Alhamdulillah dengan izinNya Hakim
dah bole kembali di bawa bermandi manda di pantai. Kali pertama, kami hanya
izinkan dia bermain air selama sejam je. Bila balik rumah dan dia tak demam
atau batuk, kali kedua kami bagi dia bermain air dengan lebih lama. Tiada lagi
istilah anak asyik demam je..
Alhamdulillah.. mak
mana yang tak seronok bila tengok si chentahati boleh bermain dengan gembira. Sebenarnya
kan, bakal-bakal ibu yang sedang mengandung pun dah boleh mula kongsi kebaikan
set ni semasa bayi dalam kandungan lagi. Supaya bayi yang keluar, sihat dan
aktif!
Hubungi mama hakim
untuk KONSULTASI SEPENUHNYA tentang Set Kanak-kanak Aktif ni. Layanan first
class buat pembaca blog TowMater tau!!
iR RAHA MOHD ISKAK
SID 909821
018-2835 816
Sampai jumpa
lagi..wassalam.