Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Beberapa hari lepas,
mama hakim belajar tentang penyakit yang tidak dapat diubati iaitu diabetes
atau dalam bahasa harian kita sebut kencing manis. Sebenarnya boleh dikatakan
dah 3 kali mama hakim attend kelas ni, 2 kali secara bersemuka dengan
Nutritionist Shaklee dan sekali ketika webinar (online class). Apa itu penyakit
diabetes? Ia adalah keadaan di mana terdapat gula yang berlebihan dalam salur
darah kita.
Selalunya yang orang
kita tahu, kencing manis ni penyakit keturunan kan. Tapi sebenarnya keturunan
hanya menyumbang 20% je tau. Yang lagi 80% tu dari cara hidup dan pemakanan
kita. Kalau korang nak tahu, 1/5 dari rakyat Malaysia skang ni adalah penghidap
diabetes! Haa..ramai kan?
Macam mana nak tahu
kalau ada di antara kita yang ada kencing manis ni? Meh sini mama hakim nak
kongsikan simptom-simptom yang dialami oleh seseorang yang menghidap kencing
manis.
Kerap
Kencing – apabila terdapat
gula berlebihan dalam badan, kita akan kerap ke tandas sebab badan akan cuba
menyingkirkan lebihan gula tersebut
Rasa
Haus – apabila kita
kerap kencing, maka akan berlaku dehidrasi pada badan. Sebab tu la kita akan
rasa haus je.
Badan
Lesu – Disebabkan sel-sel
badan tidak mendapat tenaga dari gula, maka kita akan mudah rasa letih dan
lesu. Selalu rasa tak bermaya nak buat kerja.
Perubahan
Berat Badan – Untuk
pesakit Diabetes Type I, biasanya berat badan akan turun mendadak dan untuk
pesakit Diabetes Type II, akan mengalami peningkatan berat badan.
Luka
Lambat Sembuh –
Gula yang berlebihan dalam salur darah menarik perhatian bakteria dan
menyebabkan luka kecil melarat menjadi teruk
Kebas
dan Kekejangan –
Pesakit diabetes akan mengalami kekejangan dan kebas-kebas terutaman di tapak
tangan dan kaki disebabkan pergerakan darah yang lambat dan tidak lancar.
Jadi, sekarang ni
cuba periksa keadaan kita adakah letih-letih dan lesu yang kita alami selama ni
sebahagian dari simptom kencing manis? Selain letih, ada lagi tak
simptom-simptom lain yang kena dengan diri kita? Kalau ada, cepat-cepatlah ke
klinik ataupun farmasi untuk buat pemeriksaan gula dalam darah.
Jika kandungan gula
terlebih skit dalam badan dan kita dapat kesan lebih awal maka lebih mudah
untuk kita mengawal pemakanan dan amalkan cara hidup yang lebih sihat. Mencegah
lebih baik dari mengubati kan? Takkan sampai kena bergantung kepada ubat
semata-mata baru kita nak ubah gaya hidup?
Jom mulakan hari ini!
Amalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat..! Dan mama hakim ada rahsia untuk membantu MENGAWAL DIABETES dari terus melarat tau!
Sampai jumpa
lagi..wassalam.
1 komen:
lesu dan kebas tu saya selalu rasa. Eh, risau pulak.
Post a Comment