Pembaca Blog Setia

Tuesday 17 June 2014

Keikhlasan Dalam Berniaga Atau Hanya Kerana Keuntungan Semata

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Mama hakim kan, ade tempat favorite baru tau untuk beli barang basah **itupun nak bagitau ke**. Alkisahnya sebelum ni mama hakim selalu beli kat kedai runcit peniaga Melayu yang sangat dekat ngan umah. Mungkin disebabkan dekat, jadi mama hakim buat tak tau je la dengan keadaan kedai yang agak kotor dan berlalat. Lantainya berair, dan barang-barang tak bape nak fresh termasuk sayur yang layu dan ikan yang sakit mata je.. (fakta sedih) Biasanya mama hakim dapat beli ikan atau sayur untuk dua tiga kali masak je.

Sampaila satu hari, bila tempe yang biasa mama hakim beli dengan harga RM1.20, saiz lebih kurang 4inci x 4 inci (lebih kurang je) menjadi saiz 4inci x 3inci naik harga ke RM1.50. Saiz makin kecik tapi harga makin mahal. Apekah? Sebagai mama yang kuat membebel, terpaksa la Incik Joni tadah telinga dengar mama hakim meluahkan perasaan pasal kedai tu. Abis bebel, Incik Joni cakap ‘gi kedai lain la mama, jauh skit takpe bukan jalan kaki pun.’ Orang laki ni respon dia memang cemtu kan..hihihi.

Jadi mama hakim mula la gi kedai seberang jalan (siap lalu traffic light hokey) untuk cari yang lebih memuaskan hati. Terjumpa dengan kedai yang tokeynya ca ya nun alif **tak berniat nak kondem kedai Melayu tapi ini fakta yang sangat sedih**. First impression, bole tahan kedainya. Padat dan penuh dengan barang tapi tersusun. Ikan dan ayam kat bahagian belakang kedai. Sampai je kat tempat ikan, terus pekerja dia tanya ‘nak tolong siangkan tak kak? Akak pilih je saya siangkan’. Sambil-sambil pilih ikan dan sayur, ada lori sampai anta stok. Tokey dia dengan selamba tolong turunkan barang dan asing-asingkan dengan pekerja lain. Diorang bekerja sambil gelak-gelak ngko.. Nampak macam pekerja dia memang di layan dengan baik.




Pekerja dia memang ramah, siap tolong kumpulkan barang yang kita pilih ke depan kaunter. Kalau kat kedai lama, terjerit-jerit la ngko nak mintak suh siangkan ikan atau nak kelapa parut. Selesai pilih, mama hakim gi kaunter dan tokey dia tanya ‘ini saja kak? Cukup ke ni? Ikan ni tak mau siang?’ Mama hakim angguk dan senyum je. Siap asingkan ikan kat plastik lain yang dilapik surat khabar.Oh lupa, pekerja-pekerja dia Melayu dan Indonesia.

Memang mama hakim tak berniat nak sentuh sensitivity sesiapa mahupun bersiftat perkauman. Tapi kadang-kadang kita dapat tengok cara dan keikhlasan orang lain dalam berniaga. Kita sebagai pembeli dan pengguna mesti la nak dapatkan perkhidmatan terbaik kan.

Dalam hati, terus simpan niat nak jadi seorang peniaga yang disenangi orang lain. Yang ikhlas dan dapat memberikan perkhidmatan terbaik buat customer tersayang. Yang baik, mestila dijadikan tauladan kan.



Sampai jumpa lagi..wassalam.

3 komen:

Ibu Yusuf Maryam said...

Akak jarang beli barang basah kat kedai runcit biasanya beli kat pasar. Tapi sebenarnya en ayah yg beli, bukan akak pun. Hehe..

Mummydearie said...

Lumrah alam dah ni. Kadang-kadang kita terfikir nak tolong bangsa sendiri. Nak naikkan perniagaan bangsa sendiri tapi bab-bab customer service dan kerajinan ni, memang tak boleh dibandingkan dengan bangsa yang satu lagi. Kesiankan bangsa kita ni :(

Aty Fared said...

yer lah..betul..part ni aty sokong.. kekadang..memang bende2 ni memainkan peranan kan.. ada satu-2 kedai melayu kat umah aty ni pon tak pekenan aty nak gi..ikan tak pernah nak fresh.. huhu.. gi lah jauh2 seminggu sekali ke NSK [yg memang jauh giler] tuk beli barang basah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger