Pembaca Blog Setia

Friday, 13 June 2014

Mengimbau Kenangan 4 Tahun Lalu #Countdown Birthday Azizul Hakim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Hari ni dah 13 Jun 2014.. terasa nak buat countdown untuk birthday si chentahati yang ke 4 tahun pada 1 Julai 2014 nanti. Alhamdulillah..dah besar Azizul Hakim. Dah boleh berdikari, seronok nak ke sekolah dan jugak banyak mulut! Hihihi..

Mengimbas kembali 4 tahun yang lalu, ketika ni mama hakim tengah sarat mengandungkan Azizul Hakim. Tarikh untuk induce pun dah diberi oleh doktor iaitu 28 Jun 2010 dan mama hakim kena register masuk wad sehari sebelum tu. Kenapa kena induce? Sebab mama hakim dah start leaking (air ketuban bocor) sejak kandungan berusia 29 minggu dan sel darah putih lebih tinggi (infection).

Azizul Hakim adalah miracle baby kami. Dia adalah anugerah Allah ketika mama hakim dalam keadaan yang tak berapa stabil, memerlukan sesuatu dalam hidup dan dia lahir sihat walafiat tanpa perlu masuk incubator (seperti yang diberitahu oleh doktor disebabkan oleh infection). Sesungguhnya perancangan dan pelaksanaan Allah itu Maha Sempurna, kan..

Syukur Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah.. Syukur Alhamdulillah..



Sampai jumpa lagi..wassalam.

2 komen:

babYpose said...

syukur Alhamdulillah, cepat masa berlalu..pandai berdikari dan seronok pergi sekolah aunty admire :)

Ibu Yusuf Maryam said...

Dah nak 4 tahun ya hensem boy ni. Jadi anak soleh ya sayang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger