Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh..
Dah
lama mama hakim tak bebel pasal chenta hati yang seorang tu kan.. Sape lagi
kalau bukan Azizul Hakim..heheh. Budak terlebih bijak tu.
Sekarang
ni tengah membilang hari Hakim akan menyambut ulangtahun ke 3 pada 1 Julai ni.
Alhamdulillah atas kesihatan Hakim selama hampir 3 tahun ni. Takdelah yang
serius, biasanyer hanya demam nak membesar je.
Hobi
terbaru Azizul Hakim skang ni adalah mengumpul Hotwheels..! Pantang nampak kat
mana-mana pun hatta tempat favorite iaitu 7eleven. Nak buat cane kan.. Budak
laki gitulah minat nyer. Redho je mama ngan abah..!
Bab
bercakap memang masih pelat. Alaa kata bonda, budak lelaki especially yang
sulung biasa lambat petahnya. Janji Hakim bercakap sudah. Walaupun jenuh mama
nyer cuba memahami. Tapi satu yang selalu jadi bahan ketawa bila Hakim tiada
sebutan ‘ng’. Contohnya bila sebut abang jadi ‘abam’, sayang jadi ‘sayam’
hahahaha even sebut Subang pun jadi Subam!!
Hakim
membesar makin tinggi tapi badan kurus. Makan kuat hokey..! Tapi membuang pun
bole tahan..! Kata nenek moncheh, ikut belah babah dia kecik-kecik sume kurus
je. Kalau belah mama hakim, kecik-kecik kitorang semua membulat sampai naik
tegang kulit tau! Takpelah, yang penting sihat dan sempurna J
Insya
Allah ade rezeki, masa dan kesempatan teringin jugak mama hakim raikan hari
lahir Hakim yang ke 3 ni. Dia pun dah besar, dah faham, mesti seronok sesekali
diraikan meriah sikit dengan sepupu-sepupu dia yang seramai 12 orang tu (insya
Allah akan menyambut yang ke 13 lepas raya nanti..hehe)
Sampai
jumpa lagi..wassalam.