Pembaca Blog Setia

Friday, 7 June 2013

BILA MAMA DUK UMAH..


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Salam penghulu segala hari yang penuh barakah J

 

Mama hakim masih di rumah. Teringin sangat nak bekerja dari rumah. Pagi tadi lepas subuh, bersiap seperti biasa sambil berbual ngan Incik Joni yang jugak nak gi kerja. Tengok si chenta hati masih lena dibuai mimpi so mama hakim duduk sekejap menjalin riben..hehe.

 

Jam 8 terus siapkan beg persalinan Hakim dan kejut dia bangun. Kesian pulak tengok dia terpisat-pisat so mama hakim dukung je ke luar rumah. Sampai umah babysitter, handover beg dan botol air Hakim terus singgah ke kedai membeli keperluan sikit untuk memasak. Sampai umah, terus capai mentega, kaya dan roti untuk breakfast..hehe. Masak air pulak. Pastu terus capai laptop untuk teruskan kerja. Tengahari kang berenti la kejap.

 

Insya Allah.. tak lama lagi jadual inilah yang mama hakim akan guna pakai. Bisnes partner yang seorang itu dah pun memberi persetujuan. Dan mama hakim sedang memohon petunjuk dari  ‘Bisnes Partner’ yang satu lagi. Semoga keputusan ini membawa sejuta kebaikan. Of kos laluannya takkan mudah dan penuh dengan liku-liku, hati perlu kental dan kuat. Insya Allah kami takkan mudah berputus asa kerana segala yang ingin dilakukan hanyalah kerana Allah s.w.t. semata-mata.

 

Sampai jumpa lagi..wassalam.

1 komen:

aizamia3 said...

moga apa yang dirancang berjalan dengan lancar hendakNYA..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger