Pembaca Blog Setia

Thursday, 13 June 2013

TIPS MUDAH SEMBUHKAN BATUK


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

 

Menaip di kala batuk dan selsema melanda..hihi. Dah rasa macam nak mengada-ngada pulak sebab mama hakim jarang sangat batuk dan selsema ni. Alhamdulillah. Dalam kepala dah ligat fikir cara paling mudah nak kurangkan batuk dan selsema nih..hihi. Ada la beberapa petua yang biasa mama hakim dengar dan keluarga amalkan. Meh mama hakim kongsi ngan korang sayang-sayang semua..

 

Cara yang PERTAMA menggunakan LIMAU KASTURI dan KICAP MANIS. Yang ni memang superb la..hehe. Rasa pun mengancam! Caranya mudah je, potong dan perahkan beberapa biji limau kasturi. Lepas tu titiskan kicap manis sampai warna air perahan limau tu jadi warna kicap. Buat la banyak skit pastu simpan dalam peti sejuk. Pastu minum la sesudu ala-ala macam ubat batuk cap ibu dan anak.. Nak minum bape banyak kali pun takpe, di jamin takkan mengantuk dan overdose punya..! Tapi toksah la duk hadap secawan kan..heheh. Minum sesudu tiap kali tekak rasa gatal la.. Oh! Petua yang ni sesuai sangat untuk sakit tekak, tekak bengkak rasa kesat dan batuk yang tak berkahak.

 

Cara yang KEDUA, lagi mudah. Minum sesudu MADU tiap-tiap pagi. Insya Allah akan lega.

 

Cara yang KETIGA, lagi la sedap..! Eh mudah. Sebab hanya menggunakan COKLAT..hihi. Nyumm..! Sedap kan. Tapi make sure coklat susu biasa tu je tau. Jangan la gatai tangan amik coklat yang berkacang atau kismis pulak. Nak lagi berkesan, makan coklat pahit yang coklat semata je tu. Tak kisah la brand Cadburry ke, Van Houten ke ikut ler brand kegemaran memasing.

 

Ok cukup la kot TIGA cara mudah nak ilangkan batuk. Mama hakim kongsikan kat sini supaya mudah jadi rujukan masa akan datang. Yang penting, jangan lupa minum air masak/kosong dengan banyak ye. Supaya badan lebih sejuk gitu. Tapi ini semua usaha tau, sebelum gi jumpa doktor dan amik segala jenis ubat yang hanya membuatkan korang mengantuk tu. Mama hakim memang akan mengantuk, pasti ketiduran dalam masa yang panjang kalau amik ubat-ubat doktor ni. Sebab tu la cari alternatif lain.
 
 
 
Mudah je kan semua tu. Macam mama hakim cakap, ini semua usaha dan alternatif lain selain daripada ubat-ubatan klinik. Tapi kalau masih batuk dalam tempoh berpanjangan silalah buat pemeriksaan dengan yang lebih arif tau..! *mata dah pedih-pedih ngadap pc*
 
 
Sampai jumpa lagi..wassalam.

4 komen:

LydSunshine said...

Saya rasa laa kan.... lain org, lain kot penyembuh sakit. Mcm saya agak pelik. Kalo batuk, saya kena minum air sejuk yg dari peti sejuk. Tapi bukan ais ketul2 tu. Otometik tekak akan rasa lega dan tak gatal. Madu tu ada jugak amalkan. Boleh la. Membantu jugak skit.

Chic Na said...

serius ke coklat boleh kurangkan batuk? pasni takyah gi klinik dah. hehe..

ieda said...

bgs2.petua tradisional ni elok diamalkan.macam saya klu ank batuk + selsema selalu guna kunyit hidup + kapur makan / bakar bwng putih + minyak masak.

Kesuma Angsana said...

tq share with us yer

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
© 2012; This is the Story of My Wonderful Life | Designed by: Ilham Liyana | Powered by Blogger